PIALA RAJA THAI (THAI KING'S CUP )
Konfederasi Bola Sepak Asia atau AFC ditubuhkan pada tahun 1956 di Manila. Selain dari kejohanan-kejohanan utama anjuran AFC seperti Piala Asia, Piala Kelab Asia, terdapat juga kejohanan-kejohanan jemputan yang dikelolakan oleh negara gabungan AFC. Bola sepak Asia yang bermula agak lewat dari benua-benua lain sperti Eropah atau Amerika Latin mula mendapat perhatian apabila Korea Utara menewaskan Itali untuk layak ke suku akhir Piala Dunia 1966.
Pestabola Merdeka yang diilhamkan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman adalah kejohanan bola sepak jemputan yang tertua di Asia diikuti oleh Piala Raja Thai, Piala Presiden Park (Korea), Kejohanan Ulangtahun Jakarta, Piala Kemerdekaan Indonesia, Piala Aga Khan dan Piala Merlion City.
THAI KING'S CUP ( 1968 -
Peminat-peminat bola sepak, media elektronik dan paper Melayu dolu-dolu sebut Piala Raja Thai dan ia dianjurkan oleh Thailand setiap tahun mulai 1968 kecuali beberapa tahun akibat kepadatan kalendar bola sepak AFC atau atas faktor lain. Indonesia muncul juara pada edisi pertama dan Thailand sebagai tuan rumah menjuarai kejohanan ini sebanyak 14 kali diikuti Korea Selatan 7 kali. Malaysia yang merupakan pasukan jemputan regular juga pernah menjuarainya sebanyak 4 kali iaitu pada 1972, 76, 77 dan 78.
Pasukan Malaysia di edisi pertama 1968 |
Korea Selatan vs Malaysia Final 1973
Sehingga 1980'an, kejohanan jemputan ini dianggap yang ketiga penting selepas Pestabola Merdeka dan Piala Presiden Park Korea. Namun selepas era 90'an, Piala Raja Thai menjadi pilihan utama pasukan-pasukan jemputan akibat kemerosotan Pestabola Merdeka dan berakhirnya penganjuran Piala Presiden Park akibat jadual yang ketat.
Pada awalnya penganjur menjemput pasukan-pasukan kebangsaan, namun kemudian terbuka kepada kelab-kelab Eropah dan Latin untuk meningkatkan jumlah penyertaan.
Brazil vs Thailand 2000 |
Sweden - Juara edisi 2003 |
Antara pemain-pemain terkemuka yang mewakili pasukan masing-masing seperti Cha Bum Kun ( Korea Selatan), Peter Schmeichel, Brian Laudrup ( Olympic Denmark 1988 ), Henrik Larsson ( Sweden 2003 ), Robert Lewandowski ( Poland 2010 )dan yang paling diingati penyertaan skuad Brazil yang membawa Ronaldinho, Roberto Carlos, Rivaldo, Cafu dan lain-lain pada kejohanan 2000
Bintang Poland, Robert Lewandowski di Piala Raja Thai 2010 |
Brazil - 2000 |
Brazil vs Thailand 2000
Sumber : Wikipedia, Youtube
No comments:
Post a Comment