Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Friday, June 11, 2021

Vintage and Rare Jersey Fan

 Peminat Jersi Vintage

' Alaa, orang beli jersi Belanda, dia pun nak pakai jersi Belanda' perli sorang kawan lebih kurang pada tahun 1978, masa tu pertandingan bola sepak Piala Dunia di Argentina tengah hangat, dengan Belanda merupakan salah satu pasukan popular dan pilihan untuk ke final. Saya diam aje. Nak cakap apa, dia dulu beli jersi tu. Sebenarnya saya memang peminat pasukan Belanda. Sejak Piala Dunia 1974, walaupun saya tidak dapat menonton Piala Dunia kerana masih belum kenal bola sepak, saya banyak membaca tentang pasukan Belanda yang diketuai lagendanya, Johan Cruyff dan rakannya, Johan Neeskens. Siap tekap nombor 13 Neeskens di jersi dan seluar. Cruyff menjadi idola saya ketika mengenali dunia bola sepak. Gaya 'Cruyff Turn' selalu saya ikuti ketika mengasah bakat bola sepak.

Pasukan Belanda, team favourite saya di Piala Dunia 1974 dan 78. Cuba teka mana satu Johan Neeskens .Mestilah player yang paling kecil comel macam saya
.

Begitu pun, jersi yang dibeli bukan pun original, jersi jualan kedai Cina yang popular di pekan Ipoh disebut 'Bazaar Bulat'. Jersi bola tak banyak pun di Ipoh ketika itu. Kebetulan jersi Belanda yang banyak terjual. Tak nampak ada jersi pasukan lain. Mana ada jual jersi original lagi masa tu kat Ipoh. Kalau adapun tak tahu kat mana kedainya. Tapi susahnya nak dapat. Kumpul duit raya baru dapat beli. Jarang sangat nampak orang pakai jersi bola masa tu. Maklum zaman 70'an orang-orang muda lebih suka pakaian seluar baggy dengan baju sendat untuk diperagakan masa itu.

Bazzar Bulat Ipoh, tempat top pakaian sukan pada tahaun 70-80'an, kini tiada lagi

Pakaian zaman 70'an
Jersi era 80'an
Sehingga tahun 80'an, mungkin kerana jarang nampak orang lain pakai jersi bola pasukan luar atau dalam negeri, dan mungkin kerana 'tak daya' nak beli, saya tak kisah sangat dengan jersi-jersi bola ni. 
Sehinggalah pada suatu hari ketika bermain bola, sorang rakan dengan bergayanya memperagakan jersi kelab Tottenham Hotspur.  ( Dia ni memang orang ada-ada, jersi Aston Villa, Southampton yang cantik dan menarik minat saya dibelinya.) 

Kevin Keegan dengan jersi Southampton 1981 yang begitu menarik

Jersi Aston Villa 1981, cantik jugak
                                                   
Adoiii, saya minat jersi-jersi ini,  Kalau tak dapat jersi simple Spurs hitam putih pun dan kira syok.. Dengan favourite player saya Glenn Hoddle bermain untuk Spurs, jersi ni popular dan dicari pada masa ini kerana Spurs baru saja menjuarai FA Cup 1981 dalam perlawanan penuh dramatik menewaskan Man City 3-2 di final. Tapi saya hanya dapat melihat ajela, nak beli 'tak daya'. Tahun berikutnya apabila saya melakukan kerja sambilan ketika cuti sekolah, saya sambar satu jersi di Bazaar Bulat. Namun jersi tu bertahan setahun dua aje, kerana disebat oleh adik rockers saya dan melukis gambar kumpulan rock 'Rainbow' di belakangnya. 😓

                                                               Glenn Hoddle - Tottenham 1981

                                                    Osvaldo Ardilles Dan Ricardo Villa - Spurs 1981

Spurs menjuarai FA Cup 1981 dengan jersi simple putih elegant nya...

Deman bola Piala Dunia 1982 di Sepanyol, kesyokan nak dapatkan jersi  pasukan bola berbunga kembali di hati 😆. Kebetulan masa tu ada buat kerja sambilan semasa cuti sekolah, adala duit poket sikit. Itali muncul juara dunia 1982. Tapi saya bukan peminat team Itali. Saya penyokong pasukan England dan minat dengan samba dimainkan oleh pasukan Brazil. Namun jersi England susah nak dapat dan cuma kedapatan jersi Itali merata-rata kerana Itali muncul juara dunia disamping jersi Brazil dan Jerman barat yang tidak menarik. Kawan dah angkat satu jersi Itali, dan saya lihat boleh tahan juga kilatnya, saya pun sambar satu, tempat yang sama, di Bazzar Bulat Ipoh jugak. 

Itali, juara dunia 1982. 

Selepas Piala Dunia 1982, untuk tempoh yang agak lama, saya tidak membeli sebarang jersi bola. Tak tau mengapa. Mungkin sibuk belajar atau sibuk main bola. atau mungkin 'tak daya' nak beli jersi bola 😆. Sebagai peminat Man Utd, memang minat jersi versi jersi 1984/85 yang dibarisi ramai pemain handalan dan menang 10 terus perlawanan pertama di Liga Inggeris, tapi tak nampak pulak orang memakainya atau dijual di kedai. 

 Man Utd 1984/85. Jersinya menjadi idaman saya


Bryan Robson - Man Utd 1984/85, idola saya

Sehinggalah demam Piala Dunia 1986, pasukan-pasukan menampilkan jersi masing-masing tiada yang sangat menarik minat saya, kecuali pasukan dianggap terbaik tapi gagal menjuarai Piala Dunia ketika itu, Denmark. Amazing, cantik, menawan betul jersi yang digunakan oleh Denmark. Tidak pernah corak yang direka oleh jenama Hummel ini digunakan oleh mana-mana pasukan sebelum ini. Bagi saya ia antara jersi Piala Dunia yang sangat menarik pernah dilihat (walaupun kadang-kadang nampak mcm uniform staff McD 🤣). Tak tercapailah oleh impian nak tengok dan dapatkan jersi ini di Ipoh. Tak nampak ada jual pun.

Denmark 1986. cantik betul jersinya

Michael Laudrup - Denmark 1986

Jersi era 90'an

Seterusnya pada tahun-tahun yang berikut apabila sudah mula bekerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur, minat saya melihat dan meneliti jersi-jersi bola mula menurun.  Kesibukan bekerja dan kemudian apabila mempunyai komitmen setelah berkeluarga mengurangkan minat terhadap bola dan jersi bola. Tambahan pula  masa mula-mula tiba KL tak tau kat mana pusat jualan jersi. Bukan macam sekarang, ada saja di jual jersi terkini kelab Inggeris dan pasukan-pasukan negara di pasar-pasar malam. Tapi dalam pada itu saya sempat beli sehelai jersi Man Utd zaman itu tahun 1996 di sebuah Kedai, tapi bukan pun jersi ori la...😅

                  Jersi pertama di beli sekitar 1996-98

Jersi era Millenium

Walaupun saya peminat kelab Manchester United, tapi saya tidak menolak dari membeli jersi-jersi kelab lain yang saya anggap menarik. Namun saya lebih menggemari jersi-jersi lama era 80'an yang tidak dapat saya lihat di pasaran pada masa dulu. Tapi susah nak cari dan dapatkan jersi-jersi lama tahun 70 -80'an ni. Mungkin generasi baru tak minat atau tidak tahu jersi-jersi lama kelab jadi pasaran mungkin agak kurang. Atau mereka lebih suka kepada jersi terkini kelab, tambahan pula mudah terdapat di pasaran.                               

Kemunculan internet telah membuka semula minat saya untuk mencari dan mendapatkan jersi-jersi lama. Baru sekarang saya dapat melihat jersi-jersi lama yang telah 30-40 tahun dulu saya lihat di kaca tv atau majalah sukan sahaja. Terimbau kembali kenangan lama waktu dibangku sekolah ketika minat saya terhadap dunia bola sepak yang amat mendalam....                                                                Minat untuk membeli, memakai dan menyimpan jersi-jersi lama muncul. Tapi memang susah nak dapatkan jersi-jersi lama di pasaran negara kita. Kalau adapun harganya agak mahal dan banyak kepada pasukan top seperti Man Utd dan Liverpool aje, padahal saya minat kepada jersi-jersi lama semua kelab di EPL. 

Kini, dengan kemajuan internet dan media sosial saya sudah mendapatkan jersi-jersi lama yang saya idamkan, terutama pada era 70-80'an. Terdapat lebih daripada 50 jersi-jersi lama zaman 70'an hingga 90'an dalam simpanan saya sekarang terdiri dari lebih 10 kelab-kelab utama di EPL. Rasa excited mendapatkannya sebagai kenang-kenangan zaman remaja sebelum akil baligh dolu-dolu...☺

Antara simpanan jersi retro


Liverpool
Arsenal

Leeds United

                                  
Aston Villa


Tottenham Hotspur


Manchester City

West Ham

Chelsea

Everton

Newcastle United

Nottingham Forest dan Blackburn Rovers


Celtic dan Rangers


Barcelona dan Real Madrid awal 90'an



Jersi kelab Itali 80'an dan Roma 2001



  
Bayern Munich dan Marseille awal 90'an


England

    
Scotland

        Denmark


Germany


France dan Argentina























































Begitulah sedikit sebanyak koleksi jersi retro saya. Ada masa apabila Liga Bola Malaysia bermula saya akan tambah sedikit jersi retro team negeri tempatan pulak...

Oleh
De' Lenjen

Kredit foto dari google, getty images

No comments: