Permusuhan antara Liverpool dengan Manchester adalah satu kisah yang telah lama berlaku sebelum zaman bola lagi, iaitu pada Zaman Victorian sekitar 200 tahun dahulu.Kedua-dua bandar ini yang terletak di bahagian utara barat England,kawasan paling kependudukan padat selepas bandaraya London, mempunyai persamaan dan perbezaan, yang menambahkan lagi sengketa permusuhan antara mereka.
Peta bandar Liverpool dan Manchester di bahagian Utara, barat England |
Konflik bermula apabila kedua-dua buah bandar mengalami pertumbuhan dalam perindustrian kilang. Pembinaan Liverpool and Manchester Railway pada 1830 adalah kunci kepada perkembangan perindustrian dam ia merupakan landasan keretapi antara bandar yang pertama di dunia.
Liverpool-Manchester Railway siap dibina 1830. Landasan antara bandar pertama di dunia dengan jarak 50km |
Permusuhan tercetus apabila bermulanya pembinaan Manchester Ship Canal. Para pedagang Manchester merasa dianiayai apabila terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk bahan impot dan eksport kepada pentadbiran Liverpool. Pedagang-pedagang Mancunian Manchester mengambil keputusan untuk membina Terusan Kapal Manchester untuk mengelakkan cukai yang tinggi yang kemudiannya menjadi terusan yang terbesar di dunia semasa pembukaannya pada 1894.
Manchester Ship Canal- Siap dibina tahun 1894 sepanjang 58km |
Kini
Kedua-dua bandar sehingga 2010 masih merupakan musuh sejiran, tetapi hubungan antara kedua bandar ini bertambah baik demi untuk mencapai peningkatan ekonomi sosial di North West' . Menurut majalah Financial Times, pembangunan ekonomi Liverpool-Manchester di North West akan menjadikan wilayah tersebut kepada Kota London yang semakin 'overheated'.
Dalam perkembangan terbaru, Manchester secara terbuka menyokong untuk membida Liverpool sebagai Pusat Kebudayaan Eropah yang akhirnya dimenangi oleh Liverpool pada 2008.
Demikianlah secara ringkas latar belakang perseteruan dan lagenda permusuhan antara Liverpool dengan Mancheter sehingga terbawa-bawa dalam kancah persaingan bola sepak.
Jadi adakah MyMU fan akan bertolak ansur dan bermurah hati untuk memberikan title EPL Champion hang hampir 30 tidak dinikmati oleh The Reds Who Always Walk Alone. Tak tauuuu la, kita lihat saja bila musim berakhir tidak lama lagi
No comments:
Post a Comment