Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Thursday, October 2, 2025

Masjid Tertua Di Malaysia

Sejarah Perkembangan Masjid Di Malaysia

Negara kita mempunyai begitu banyak masjid daripada pelbagai saiz dan binaan. Seni bina masjid di Malaysia bermula dengan kedatangan pengaruh Islam dari Arab, India dan Nusantara. Awalnya ia terbina daripada gaya asli traditional bawaan dari hasil tempatan. Kemudiaan pada kurun ke 17 terdapat unsur-unsur binaan dari Sumatera Dan Arab. Pada zaman colonial masjid di Malaysia dipengaruhi oleh gaya Moor (Afrika Utara dan Arab), Mughal (India) dan Eropah klasik zaman penjajah dengan menara kubah sebagai unsur utama bermula dengan Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Negara dan Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Alam sebagai puncak utama. 

Berikut adalah pencarian yang diperolehi dari pelbagai laman ringkasan 10 Masjid Tertua Di Malaysia. Mungkin artikel ini tidak seratus peratus tepat tapi ia boleh dijadikan pengetahuan asas tentang kewujudan masjid tua di Malaysia.



 


1. Masjid Kampung Laut Kelantan 1349 

Foto ihsan : Wikipedia

Lokasi :

Terletak di Kampung Laut, sebuah petempatan kira-kira 11 kilometer (6.8 batu) dari Kota Bharu, ibu negeri Kelantan, Malaysia. Masjid ini dibina pada abad ke-13 Masihi dan merupakan masjid yang tertua di Malaysia. 

Sejarah pembinaan :

Menurut Dr. Abdul Rahman Al -Ahmadi, beliau dikatakan mengumpul sejarah lisan penduduk bersama kajiannya dan menyimpulkan bahawa masjid tersebut dibina 500 tahun dahulu oleh pendakwah-pendakwah dari Champa. Mereka dikatakan berasal dari pulau Jawa yang membawa bersama pelan prototaip binaan masjid dengan tujuan membina tiga pusat Islam di negeri Kelantan.

Ihsan foto : Yadim

Unsur binaan:

Masjid ini dibina dengan unsur seni bina Nusantara. Ia merupakan sebuah struktur asas dengan hanya empat tiang yang menyangga tiang tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi.Masjid Kampung Laut dibina tanpa menggunakan sebarang paku. Pada abad ke 19, masjid ini menjadi pusat agama yang penting dan diperbesar. 20 batang tiang dibina menyangga binaan tambahan ini. Pembinaan ini menggunakan teknik 'Tebuk-Pasak' tanpa menggunakan sebatang paku.

Foto kredit : Canal_181

Binaan tanpa sebarang paku
Foto kredit : NSTP

2. Masjid Peringgit Melaka 1726 

Masjid Peringgit, Melaka
Foto ihsan : Jabatan Muzium Antikuiti, Kuala Lumpur

Lokasi

Merupakan sebuah masjid yang terletak di Melaka Tengah, Melaka.

Sejarah Dan unsur pembinaan

Masjid asal Peringgit yang dibina pada tahun 1726 telah musnah akibat sebuah kebakaran. Masjid baharu dibina pada tahun 1868 dengan cara seni bina traditional Melaka berbentuk empat segi dengan bahan binaan terdiri daripada batu laterit dan batu pada zaman Belanda sebagai asas dinding.  Lantai masjid diperbuat daripada susunan terracotta. Loteng, perabung, kekisi tingkap dan pintu diperbuat dari kayu. Tiga lapisan bumbung adalah ciri utama masjid di Melaka. Gentingnya terdiri daripada genting China pada Bahagian berganda dan genting Belanda pada bumbung Tengah utama. Bahagian kubah atau puncak dibuat dari batu karang berukir seperti yang dapat dilihat sekarang.

Interior Masjid Peringgit: Tiada kubah
Foto ihsan : FB Melaka Negeriku

Sekarang

Apabila Masjid Negeri siap dibina pada tahun 1988, Masjid Peringgit tidak lagi digunakan untuk solat Jumaat kerana kedudukannya yang berhampiran dan kariah masjid berpindah ke Masjid Negeri. Masjid Peringgit digunakan oleh penduduk setempat untuk solat harian sahaja. Lama-kelamaan, banyak dari kerja kayunya yang rosak disebabkan anai-anai dan air hujan sehingga tidak lagi selamat untuk digunakan.

Bahagian luar masjid
Foto ihsan : FB Melaka Negeriku

 3. Masjid Kampung Hulu Melaka 1728 

Foto kredit : Arkib Negara

Lokasi

Merupakan sebuah masjid yang terletak di Bandar Hilir Melaka, Kota Melaka.

Sejarah pembinaan

Dibina pada tahun 1728, ia masih digunakan dan berada di tapaknya yang asal. Masjid ini terletak di persimpangan Jalan Kampung Hulu Da3n Jalan Masjid di Melaka, dalam kawasan yang kini dipenuhi kedai-kedai yang diusahakan oleh peniaga Cina.

Foto kredit : DenaiSaujana Blogspot

Unsur binaan

Masjid ini dibina oleh penduduk-penduduk tempatan dengan pembiayaan Belanda. Masjid ini dibina kesan daripada peubahan dasar oleh pemerintah Belanda yang mengutarakan dasar kepelbagaian pegangan agama. Sebelum kedatangan kaum Belanda pada 1624, penjajah Portugis telah memusnahkan peninggalan rumah-rumah ibadat bukan Kristian di Melaka. 

Ruang wudhu 
Foto kredit : Hikayat wordpress

Ruang solat Masjid Kampung Hulu
Foto kredit : Hikayat wordpress

4. Masjid Tengkera Melaka 1728 

Foto kredit : Wikipedia

Lokasi

Merupakan sebuah masjid yang terletak d Tengkera dalam daerah Melaka Tengah, Melaka. Nama Tengkera berasal daripada perkataan Portugis iaitu tranquerah bermaksud benteng pertahanan.  Dibina pada tahun 1728 oleh seorang pedagang dan ulama dari India, Muhammad Salleh dan dibina pada zaman pemerintahan Belanda. 

Ruang utama solat
Foto kredit : 123FR

Unsur binaan

Pada asalnya, masjid ini diperbuat daripada kayu dengan atapnya daripada daun nipah dan tiangnya daripada  kayu belian atau ulin yang dimport dari Kalimantan, Indonesia. Masjid ini diperbaharui Dua Kali pada tahun 1890 dan 1910

Pintu utama
Foto kredit : Helen Gray

Di dalam kawasan masjid ini terdapat makam Sultan Hussein Muazzam Shah dari Johor yang telah mengiktiraf perjanjian awal penyerahan Singapura kepada Stamford Raffles dengan Temenggung Abdul Rahman pada 6 Februari 1819.

Makam DiRaja
Foto kredit : Helen Gray

5. Masjid Kampung Keling Melaka 1748

Masjid Kampung Keling Melaka
Foto kredit : Wikipedia

Lokasi

Terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tukang Emas, Jonker Walk sekarang. Kawasan in dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan Cina.

Sejarah pembinaan

Pada masa masjid in dibangunkan, kawasan sekitar masjid in di diami oleh penduduk dari kawasan selatan negeri India, dan penduduk-penduduk ini di panggil "Keling" (daripada perkataan Kalinga)

Foto kredit : PavelSarwar

Unsur binaan

Gaya berganda dalam senireka masjid melambangkan perkembanagan pesat ilmu senibina di Melaka pada masa itu, dengan kedatangan pengaruh-pengaruh binaan yang dibawa orang Belanda dari Eropah.

Foto kredit : alarmy

6. Masjid Melayu Lebuh Acheh P.Pinang 1808

Masjid Melayu Lebih Acheh
Foto kredit : Yadim

Lokasi

Terletak di Lebuh Acheh (Acheen Street). Masjid Melayu Lebuh Acheh terletak dalam lingkungan Tapak Warisan Dunia Bandaraya Geogetown. Terletak berdekatan Rumah Syed Al-Attas dan Tokong Khoo Kongsi, Masjid Kapitan Keling, Kuil India dan Tokong Cina. Warisan sejarah dan seni bina Islam di Pulau Pinang pada awal abad ke-19.

Gerbang masuk utama 
Foto kredit : Nexis Inn

Masjid ini diasaskan oleh Tengku Syed Hussain Al-Aidid yang berasal dari Acheh, Sumatera, Indonesia. Tengku Syed Hussain merupakan Putera Acheh Sumatera datang ke George Town dengan rombongan Diraja, atas jemputan Kapten Francis Light, tidak lama selepas pendudukan British pada tahun 1786. Makam Tengku Syed Hussain terletak di bahagian belakang masjid. Nama jalannya sebelum ini dirujuk sebagai “Jalan Melayu’ atau ‘Lebuh Melayu’ oleh masyarakat tempatan. Kemudiannya dinamakan semula dengan nama ‘Acheen Street’ apabila orang Aceh menetap di sini.

Ruang utama solat
Foto kredit : jalan makan sedap

Masjid ini suatu masa dahulu telahpun diberi jolokan “Jeddah Kedua”. Ratusan bakal haji Malaysia, Indonesia dan Thailand berkumpul sebelum berlepas ke tanah suci Mekah menaiki kapal laut yang telah disewakan dari syarikat swasta Inggeris, Mansfield & Co. Seterusnya, Masjid Melayu Lebuh Acheh dilengkapi menara bersegi lapan, kolah wuduk, tandas, perigi, anjung dan kawasan makam yang telahpun mencerminkan gabungan pengaruh seni bina Moorish (dari utara India), Cina dan klasikal.

7. Masjid Jamek Kuala Lumpur 1909

Masjid Jamek Kuala Lumpur
Foto kredit : Wikipedia

Atau nama rasmi Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ialah sebuah masjid jamik di Kuala Lumpur. Pada asalnya terdapat Masjid Kg Rawa (dibina sekitar tahun 1873) bersebelahan tapak Masjid Jamek ini, tetapi ia terletak di seberang sungai Kelang. Tapak Masjid Jamek sebenarnya ialah sebuah tanah perkuburan. Kubur-kubur lama itu telah dipindahkan dan Masjid Jamek dibina diatasnya. Usai pembinaan Masjid Jamek, Masjid lama Kg Rawa dirobohkan. Masjid Jamek terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka, dan Stesen LRT Masjid Jamek merupakan stesen untuk LRT Laluan Seri Petaling dan LRT Laluan Kelana Jaya. Ia menjadi sebahagian daripada mercu tanda Kuala Lumpur sebagai Kota Kebudayaan Islam.

Gerbang masuk utama Masjed Jamek
Foto Kredit : KL Travel

Masjid ini dibina pada tahun 1909 dan ia merupakan salah satu di antara masjid yang tertua di Kuala Lumpur. Pembinaannya direkabentuk dan diselia oleh Pemangku Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Benison Hubback, yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India. Pihak British membina Masjid Jamek berhampiran dengan pusat pentadbiran iaitu Bangunan Sultan Abdul Samad di seberang Sungai Gombak.Masjid ini memudahkan kakitangan kerajaan beragama Islam mengerjakan solat lima waktu dan solat Jumaat.

Masjid Jamek di persimpangan sungai Klang-Gombak
Foto kredit : alamy

8. Masjid Zahir Kedah 1912

Masjid Zahir, Alor Setar, Kedah
Foto kredit : Wikipedia

Lokasi

Juga dikenali sebagai Masjid Zahrah, ia merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Sejarah binaan

Mula dibina pada 22 Rabiulawal 1330H (11 Mac 1912) atas usaha YTM Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, tapak masjid ini pada asalnya ialah tanah pusara wira-wira Kedah yang gugur semasa mempertahankan Kedah daripada serangan Siam (1821)

Foto kredit
Sunahsakura

Seramai 1019 orang mati syahid di Kuala Kedah semasa Siam melanggar Kedah pada tahun 1821 termasuklah juga syuhada yang mempertahankan Balai Besar yang berjumlah seramai 470 orang kesemuanya.

Keseluruhannya yang mati adalah sebanyak 1,489 orang syuhada kebumikan di tapak masjid Zahir ini.

Pintu masuk kayu
Foto kredit : alamy

Reka bentuk masjid ini diilhamkan daripada Masjid Azizi di Bandar Langkat, Sumatera Utara. Ia dihiasi lima kubah utama sebagai lambang lima Rukun Islam.Ia dibina di atas Tapak Masjid Lama (Masjid Kayu) yang ketika itu boleh memuatkan 600 orang jemaah dalam pada satu-satu masa dengan berbumbungkan atap nipah.

Ruang solat
Foto kredit : 123fr

Upacara perasmiannya dilakukan pada hari Jumaat, 6 Zulhijjah 1333H (15 Oktober 1915) oleh DYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Tunku Mahmud telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Shah mengimamkan solat Jumaat.

9.  Masjid Kapitan Keling Pulau Pinang 1916

Masjid Kapitan Keling Pulau Pinamg
Foto kredit : Penang State Muzium Art Gallery

Terletak di Lebuh Pitt, Georgetown dibina oleh tentera Syarikat Hindia Timir British apabila mereka tiba di Pulau Pinang pada abad ke-18

Ruang solat
Foto kredit : Zain Abdullah

Caudeer Mohudeen,seorang ketua kaum Muslim India yang juga dikenali sebagai Kapitan Kling  telah memohon tanah dan mendapat kelulusan seluas 18 ekar pada 1801 bagi pembinggunakan trenaan masjid. Selepas kematian Caudeer Mohudeen pada 1834, tanah itu tidak diiktiraf lagi sebagai pemberian asal. Jalan Dan rumah awam di sekeliling masjid mengurangkan keluasan tanah kepada hanya 8 ekar menjelang 1916.

Pintu gerbang
Foto kredit : The Road To Anywhere

Foto kredit : mylovelybluesky.com

Masjid yang ada sekarang telah dibina pada 1916 bagi menggantikan bangunan sebelumnya.


10. Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak 1917

Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Foto kredit : Pejabat DYMM Sultan Perak

Kadang kala dikenali sebagai Masjid Diraja Ubudiah ialah sebuah masjid negeri di Bukit Chandan, Mukim Sayung, Daerah Kuala Kangsar, Perak dirasmikan pembukaannya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah pada tahun 1917.

Ruang utama solat
Kredit foto : Getty Image

Dari segi latar belakang sejarahnya Masjid Ubudiah yang terletak berhampiran dengan Istana Iskandariah ini, adalah merupakan masjid nazar. Ia diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya. Semasa beristirahat dalam rawatan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah I (1887-1916) telah bernazar untuk membina sebuah masjid di Bukit Chandan sekiranya kesihatan baginda pulih.

Setelah berangkat balik ke Kuala Kangsar, baginda telah menitah Kolonel Huxley dari Jabatan Kerja Raya, Kuala Lumpur, untuk mereka bentuk sebuah masjid yang hendak didirikan. 

Ruang dalam masjid
Foto kredit : Muhammad M.T

Masjid ini telah siap dibina dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Abdul Jalil Karamatullah Shah (1916-1918.), Sultan Perak yang ke-29, pada tahun 1917.

Demikianlah ringkasan Masjid Tertua Di Malaysia. Moga artikel berikutnya berkaitan masjid Dan Keindahan Rumah Allah akan menyusul.



No comments: