Disini saya postkan beberapa tempat dan lokasi terkenal di Poh dahulu dan bagaimana keadaannya sekarang. Terlebih dahulu saya mohon share beberapa gambar yang saya ambil daripada beberapa blogger. Terima kasih diucapkan.
JALAN JALAN CARI MAKAN
Medan Selera Dato' Sagor. Belakan Ipoh Municipal, bersebelahan Mesjid Negeri. Boleh tahan.
Medan Selera Taman Kanak-kanak waktu malam.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgRZP2b5PMU-hK8z2TUbLOV5dKcRbWOl6RZB8lTInINJnNB04Xwukj_DKVYqvza3ZwFrEVT72g3euuAX5xARoIYjCV2dK5kEiqhqFuKofNkHxYcQC7l3K7pjrkQ-8ZlqjXQTWsnoGADe9g/s320/nasi-ganja-1-kedai-kopi-yong-suan.jpg)
Kedai Kopi Yong Suan - Tempat adanya Nasi Ganja Ipoh yang terkenal. Terletak di Jalan Yang Kalsom Pekan Baru. Berhadapan kedai ini dulu letaknya Stesen Bas Tg. Rambutan. Ramai orang makan atau bungkus specialy waktu lunch. Diberi nama nasi ganja kerana siapa yang dah makan akan ketagih nak lagi lain kali. Saya first time dengar nama ni dari kawan sekolah masa form 6 di Anderson dulu.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgdOy9ty0yxGE2pbpkMbKt7I-Rbq9UN83kAk4ysc1a6gd2_A9NJSEpKFh-l16ln57UypzfedxdBLDDWveS5fYuAxonBrijsYOLa_F7Vw8RwRUlkoC6DKdnm2wgF3piehzggF9fNggbrJ6s/s320/Nasi+ganja+paper.jpg)
Nasi Ganja Ipoh - Masuk paper!Memang sedap, sudah pekena pasti tak lena..
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzUOnmYuBk-5p483cjZvMRKQM12xG6GzHNLMsd6HhxP8hZETMyCo44OMXdVTXWjyGEnO6oIslsQ8RPt9W9XSX9PELagBJHPwwi2sOLadtgolUgvVrUy2O9iNflOM1HmmIfOmpUsm7yLIg/s320/White+Kopi.jpg)
Asal usul Old Town White Coffee -di Pekan Lama Ipoh. di belakangnya adalah bangunan flat 20 tingkat yang pertama di ipoh ujud lewat tahun 70'an bernama Kinta Heights
No comments:
Post a Comment