Pasukan Terbaik Yang Tidak Memenangi Piala Dunia
Oleh : Gabriele Marcotti from ESPN Columnist
Terjemahan & Disemarakkan : de' Lenjen
![]() |
| Belanda 1974 diketuai Johan Cruyff yang memperkenalkan permainan Total Football |
Mengapa Belanda 1974 Hebat
Era 70’an adalah zaman hippies yang terkenal dengan rambut
panjang dan sideburns yang besar. Baju
sengaja dikeluarkan dari pinggang seluar.
Pemain ketika itu mempunyai cara hidup yang agak mewah. Bersantai dengan isteri atau teman wanita di
kolam renang eksklusif.
Kritikan-kritikan yang pedas dan sikap besar kepala
bintang-bintangnya. Ini adalah gambaran
bola sepak Belanda, ataupun tanggapan pemerhati luar terhadap Belanda.
Ia adalah sesuatu yang baru.
Ia berbeza dengan senario bola sepak tradisional Eropah seperti German yang bermain penuh disiplin, Itali yang
compact di pertahanan atau England dengan corak gaya tendang dan lari. Dan ia adalah sesuatu yang belum pernah
dilakukan oleh mana-mana pasukan kebangsaan.
Belanda tidak pernah layak ke Piala Dunia, dan tidak pernah bermain
dalam Kejohanan Eropah, jadi dunia belum melihat Belanda dengan jelas. Tetapi yang lebih penting, dunia belum pernah
melihat gaya permainan yang akan dipersembahkan oleh Belanda.
Pasukan yang dibimbing oleh Rinus Michels ini dibina melalui
prinsip permainan yang membolehkan Ajax memenangi tiga kejuaraan Piala Eropah berturut-turut
(1971-73). Piala Dunia 74’ adalah
kemunculan pertama The Oranje dalam bola sepak dunia yang mengagumkan ramai
pihak yang dikenali sebagai
Pemain seakan meluncur menyusuri
padang, bebas bertukar posisi seperti direka oleh pakar koreography bola sepak
ballet. Pihak lawan sering terkeliru dan
terpinga-pinga. Pemain pertahanan tidak
tidak tahu apa harus dilakukan apabila penyerang yang dikawalnya hilang dan
berada di posisi back kanan. Pemain midfield kebingungan dengan penggunaan
ruang padang yang menyebabkan mereka keletihan mengejar bayang-bayang pemain
Belanda.
![]() |
| Johan Cruyff - Ketua pasukan |
Mungkin beberapa pemain adalah penghisap rokok yang tegar,
tetapi ini adalah pasukan yang begitu cergas, dan bekerja keras untuk pasukan
mereka. Bersama mereka ialah Johan Cruyff, pemain yang paling berbakat, dan mungkin
pemain terhebat yang lahir di Eropah yang mencuri perhatian. Cruyff dengan bijaknya mengadunkan permainan
dengan gerakan serentak, mempunyai dribbling skill yang menakjubkan dengan
cubaan-cubaan bahaya ke arah gol di samping melakukan hantaran-hantaran ke arah
rakan. Cruyff adalah pelaksana ‘Total Football’ dan ketua pasukan Belanda.
Ruud Krol yang pada asalnya adalah
pertahanan, tetapi sebenarnya boleh bermain di mana-mana posisi, menyeret lawan
keliling padang, di samping Johnny Rep yang memacu bahagian midfield serta boleh menjaringkan gol, Wim Van Hanegem kreatif ketika menyerang, Rob Rensenbrink ' The Snake' sentiasa menghidu peluang manakala powerhouse
Johan Neeskens, turun naik atas dan ke
bawah padang tanpa penat lelah adalah badut dalam bilik persalianan.
![]() |
| Ruud Krol |
![]() |
| Johnny Rep |
![]() |
| Johan Neeskens |
Dua kemenangan dan satu seri membawa Belanda ke pusingan
kedua. Ia bukanlah sesuatu yang mudah, ketegangan berlaku di dalam kem pasukan,
terutama dengan personality pemain yang berbeza-beza. Tetapi anda boleh lihat
pasukan ini begitu istimewa. Dan di pusingan kedua anda boleh lihat mereka
berada ke tahap yang lebih tinggi.
Argentina diperkudakan dengan 4-0 tanpa sebarang percubaan
ke arah gol Belanda. Kemenangan straight forward 2-0 ke atas Jerman Timur yang
jaringannya tidak menunjukkan bagaimana Belanda menguasai penuh permainan. Berikutnya ialah Brazil, juara Piala Dunia
empat tahun lepas. Permulaan yang agak lambat tetapi apabila jam mulai beredar
pantas, tiada apa yang dapat membantu Brazil apabila Cruyff dan Neeskens
membawa kemenangan 2-0 Belanda dan membawa mereka ke perlawanan
akhir bertemu tuan rumah Jerman Barat.
Di mana silapnya?
Agak sukar untuk memahaminya kerana ia melangkaui pemikiran.
Jerman Barat sebenarnya adalah underdogs di perlawanan akhir walaupun mereka
bermain di laman sendiri. Meskipun
dibarisi oleh barisan bintang seperti
‘Der Kaiser’Franz Beckenbauer, ‘ Der Bomber’Gerd MĂĽller,Paul Breitner,Wolfgang Overath, Ulli Hoeness, Hans-Georg Schwarzenbeck, Berti Vogts, Jerman Barat
sebenarnya tidak bermain dengan baik di Piala Dunia ini. Tewas 0-1 kepada
Jerman Timur, terpaksa bergelut dari ketinggalan untuk mengatasi Sweden dan
memerlukan gol pada saat-saat akhir untuk mengatasi Poland. Jerman Barat berada
dalam keadaan tidak selamat dan ketidaktentuan.
Manakala Belanda berada dalam suasana ‘Uber- confident’. Dan mungkin
inilah kunci utama permainan.
Belanda adalah pasukan favourite dan pilihan para bookie dan
golongan neutral. Mereka bermula dengan baik. Cruyff memenangi penalty dan
Neeskens menjaringkannya. Tetapi
disebalik mengambil kesempatan atas pendahuluan ini, Belanda seakan
menjurus keadaan yang relax kepada
kelalaian. Rentak permainan bertambah
perlahan dan hantaran-hantaran semakin buruk.
Breitner menjaringkan gol penyamaan dari penalty pada
pertengahan separuh masa pertama dan dengan Belanda mula mengasak, Mueller
menjaringkan gol dari serangan balas dan separuh masa pertama tamat German
mendahului 2-1.
Oranje semakin terdesak dalam separuh masa kedua, serangan
mereka semakin rancak dan kencang, tapi kurang penyudahan. Sepp Maier, penjaga gawang German, melakukan
yang selebihnya menyelamatkan kubunya
dari asakan Belanda. Piala Dunia
terlepas dari jari jemari Belanda.
![]() |
| Jaringan penalti oleh Johan Neeskens |
![]() |
| Gol penyamaan Jerman oleh Paul Breitner |
![]() |
| Gerd Mueller menjaringkan gol kemenangan Jerman Barat mengatasi Belanda 2-1 di final |
Belanda 74’ vs Uruguay 2-0
vs Sweden 0-0
vs Bulgaria 4-1
vs Argentina 4-0
vs Jerman T 2-0
vs Brazil 2-0
Final
vs Jerman B 1-2
Apa Berlaku Seterusnya?
Pemain tunjang utama Belanda masih bersama,tetapi , mereka
gagal dalam kekeliruan. Dalam Euro 76’, mereka hanya tewas kepada pemenang
kejohanan, Czechoslovakia dalam masa
tambahan di mana 3 pemain dibuang padang.
Dan dalam Piala Dunia 78’, tanpa Cruyff mereka sekali lagi layak ke
perlawanan akhir juga melawan pasukan tuan rumah Argentina dan tewas dalam masa
tambahan juga.
Total Football, dalam erti kata sebenar semakin menyusut,
mungkin kerana pengendali menyedari bahawa adalah sukar untuk bermain corak
tersebut jika tiada mempunyai pemain berkualiti atau setangkas pasukan Oranje.
Begitupun, Rinus Michel kembali untuk membawa Belanda menjuarai Euro 88’,
mengubat sedikit duka lalu dengan German menjadi salah satu mangsanya. Cruyff, pastinya juga dapat membalas dendam
apabila pasukan bimbingannya Barcelona menjuarai Piala Eropah 1992 dan La Liga
empat tahun berturut-turut ( 1991-94 ) serta menyediakan landasan untuk La Masia dan Tiki-taka, Pep Guardiola
![]() |
| Rinus Michels akhirnya menjuarai Kejohanan Eropah 1988 bersama trio bintang Ruud Gullit, Frank Rijkaard dan Marco Van Basten |
Digarap oleh : De' Lenjen
Credit : Google Image, Youtube










No comments:
Post a Comment