Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Thursday, December 11, 2014

PENINJU LAGENDA DUNIA

Bila terlihat siri "Boxing Legends" di kaca tv kelmarin, teringat kembali saat-saat di mana sukan tinju dunia ketika di era emas tahun 1970'an dan 1980'an. Ketika tahun 70'an semasa gambarnya masih hitam putih, tinju dan wrestling adalah antara acara sukan yang ditunggu-tunggu. Abang-abang, pakcik-pakcik atau pangkat atuk-atuk akan berkerumun ke rumah yang ada tv ( masa tu susah nak ada tv). Dalam satu kampung 20 rumah mungkin dua,tiga rumah aje yang ada tv. Maka bolehlah dibayang kan berapa orang yang ada dalam satu rumah yang menonoton boxing atau wrestling. Saya yang ketika itu masih di sekolah rendah turut ikut serta berminat melihatnya. Muhammad Ali adalah peninju pujaan dan hero orang-orang kampung. Setiap kali ada live boxing (biasanya melibatkan Muhammad Ali kerana beliau juara dan jaguh utama dunia) maka saya pun akan join sekali menikmati kemeriahan sorakan orang-orang kampung.Selain Muhammad Ali, nama-nama peninju yang terkenal ketika itu seperti Joe Frazier, Ken Norton, George Foreman dan lain-lain lagi.
Memasuki era pertengahan 1980'an, arena tinju masih lagi merasa kemeriahan walaupun persaraan Muhammad Ali, dan legenda eliau disambung oleh Iron Mike Tyson, yang kerap meng k.o kan lawannya di awal pusingan pertama dan kedua.
Di sini saya senaraikan 10 peninju yang terhebat pada zaman keagungan tinju heavyweight dunia di era kemasyuran The Legend Muhammad Ali pada tahun 1970'an. Di samping biodata profail peninju, saya juga meng'upload'kan dari youtube aksi-aksi mengesyokkan dari perlawanan tinnju jaguh jaguh lagenda tinju ini.

1. Muhammad Ali
 Muhammad Ali
Boxing record
Total fights61
Wins56
Wins by KO37
Losses5
 (lahir dengan nama Cassius Marcellus Clay, Jr.; January 17, 1942) adalah peninju terhebat sepanjang zaman. Seorang yang kontroversi di awal kariernya, Ali sekarang disanjung kerana skill tinjunya yang menarik dan figure yang menjadi contoh kepada kemanusiaan; kebebasan beragama, keadilan kaum tanpa mengira warna kulit, dan pembawa mesej keamanan dunia. Beliau dianugerahkan "Sportsman of the Century" oleh  Sports Illustrated dan "Sports Personality of the Century" oleh BBC.[5][6]
Ketika berusia 22 beliau memenangi  world heavyweight championship pada 1964 dari Sonny Liston dalam kemenangan yang mengejutkan.  Tidak lama selepas itu,Ali menyertai Nation of Islam dan menukar namanya. Beliau memeluk agama Islam pada 1975.
Pada 1967,  Ali enggan menyertai U.S. military, mendakwa bertentang dengan agamanya dan menentang  Vietnam War. Ali dilucutkan dari gelaran juara tinju dunia akibat keengganannya tersebut dan tidak bertinju lagi selama hampir empat tahun, bermakna beliau telah kehilangan usia zaman kemuncak seseorang atlit.
Ali adalah antara tiga peninju lineal World Heavyweight Champion; yang memenangi juara tinju dunia sebanyak tiga pada 1964, 1974, and 1978.
Diberi gelaran “The Greatest", Ali terlibat dalam beberapa perlawanan tinju yang bersejarah, antara yang terkenal ialah ketika menentang Sonny Liston 1964, Joe Frazier di ‘Thrilla In Manila’ 1973 dan “Jungle Fight’ menentang penyandang gelaran dunia, George Foreman di Kinshasha Zaire.
Ali disahkan mengidap penyakit Parkinson pada 1984 dan walaupun begitu Ali masih lagi bergiat aktif dalam kerja-kerja amal dan kemanusiaan
Pada February 3, 2013, dalam artikel Washington Times, abang Ali's  Rahman Ali, berkata Ali sudah tidak boleh bercakap lagi.
Pada 3 Jun 2016, Muhammad Ali meninggal di hospital Scottsdale, Arizona,US dalam usia 74 tahun.
Semoga Allah mencucuri roh beliau dan dan dimasukkan ke dalam syurga bersama-sama orang yang beriman. Alfatihah...




Pertarungan Muhammad Ali vs George Foreman (Penyandang Juara ) di 'Rumble Of The Jungle' Kinshasha, Zaire 1974.
 Foreman dianggap sebagai 'The Killer', membelasah dua jaguh tinjut dunia Joe Frazier dengan k.o pusingan kedua dan Ken Norton k.o pusingan ke3. Tetapi Ali mengejukan Foreman dengan pukulan k.o pusingan ke lapan.


2. GEORGE FOREMAN

 George Foreman 
Boxing record
Total fights81
Wins76
Wins by KO68
Losses5
(nicknamed "Big George"; January 10, 1949) 
Adalah Juara Tinju Heavyweight Dunia sebanayak dua kali. Selepas masa remaja yang bermasalah, Foreman bergerak aktif dalam tinju dan memperolehi pingat emas di sukan Olimpik 1968. Dia memenangi Kejuaraan Heavyweight Dunia apabila menewaskan Joe Frazier yang tidak pernah tewas dengan pukulan K.O pusingan kedua di Kingston, Jamaica 1973. Foreman dianggap antara peninju yang mempunyai pukulan paling keras dan sering menjatuhkan lawannya dalam pusingan awal.Dia mempertahankan gelaran sebanyak dua kali sebelum tumbang K.O kepada Muhammad Ali dalam “The Rumble In The Jungle” 1974.Beliau gagal untuk merampas kembali kejuaraan, dan bersara dari dunia tinju apabila tewas kepada Jimmy Young pada tahun  1977.
Merujuk kepada tanggungjawab agamanya, Foreman menjadi Menteri Christian. 10 tahuns kemudian, dia mengumumkan kembali ke dunia tinju dan merampas kembali kejuaraan dunia pada usia 45 tahun, dengan mengalahkan K.O Michael Moorer. Foreman adalah Juara Tinju Heavyweight Dunia yang paling tua dalam sejarah tinju. 
George Foreman - Sekarang
Video bawah - Foreman menjatuhkan Joe Frazier sebanyak 6 kali dalam dua pusingan awal


                                                       
   3. JOE FRAZIER

Boxing record
Total fights37
Wins32
Wins by KO27
Losses4
Joseph William "Joe" Frazier (January 12, 1944 – November 7, 2011),
juga dikenali sebagai ‘Smokin Joe’ adalah pemenang pingat emas olimpik 1964 dan bekas juara tinju heavyweight dunia
Frazier muncul sebagai pesaing utama heavyweight dunia pada lewat 60’ dengan menewaskan lawan seperti Jerry Quarry, Oscar Bonavena, Buster Mathis, Eddie Machen,Doug Jones, George Chuvalo and Jimmy Ellis dalam perjalanan bergelar Juara Heavyweight Dunia pada tahun 1970’an dan mengekalkannya dengan menewaskan Muhammad Ali dalam "Fight of the Century" pada 1971. Dua tahun kemudian beliau ditewaskan dengan knocked out oleh George Foreman. Sepanjang kariernya Frazier hanya tewas 4 perlawanan iaitu 2 kali kepada Muhammad Ali dan dua kali kepada George Foreman.

Frazier cuba merampas kembali kejuaraan pada 975, tetapi ditewaskan oleh Ali dalam brutal rubbermatch. Beliau bersara pada 1976 berikutan kekalahn teruk kedua kepada Foreman. Frazier membuat comeback pada 1981, bertinju hanya sekali sebelum bersara.The International Boxing Research Organization (IBRO) menyenaraikan Frazier antara 10 peninju terhebat dunia sepanjang zaman.

                                  Video - Ali vs Frazier in "Thrilla In Manila' 1976
Joe Frazier setelah menentang Muhammad Ali di 'Thrilla In Manila ' 1976
 4. LARRY HOLMES                                                                                                                                                                                                                       

Boxing record
Total fights75
Wins69
Wins by KO44
Losses6
Larry Holmes (lahir November 3, 1949) juga dikenali sebagai The Easton Assassin.
Holmes, di mana tumbukan jab kirinya adianggap antara terbaik di dunia adalah juara WBC Heavyweight Champion dari 1978- 1983, dan mempertahankan kejuaraan dalam 20 perlawanan berturut-turut , meletakkan beliau di tangga ketiga mempertahankan gelaran paling lama di belakang Joe Louis'  25 perlawanan dan Wladimir Klitschko's 21 perlawanan.
Holmes memenangi 48 dari perlawanan awalnya termasuk ketika menentang Earnie Shavers, Ken Norton, Muhammad Ali, Mike Weaver, Gerry Cooney,Tim Witherspoon dan Marvis Frazier, hanya satu perlawanan kurang dari rekod Rocky Marciano's 49-0, apabila beliau tewas kepada Michael Spinks pada 1985. Holmes bersara apabila tewas perlawanan ulangan kepada Spinks, tetapi membuat beberapa comebacks tetapi gagal ddalam tiga percubaan terakhir dan terkhir pada 1995. Holmes dianggap salah seorang dari peninju terhebat sepanjang zaman.

5. KEN NORTON
Boxing record
Total fights50
Wins42
Wins by KO33
Losses7
Draws

Kenneth Howard "Ken" Norton, Sr. (August 9, 1943 – September 18, 2013)
Norton adalah bekas juara heavyweight dunia. Beliau terlibat dalam era emas tinju dunia dan telah bertinju menentang  ramai peninju hebat pada zamannya. Dia terkenal dengan corak bertahan bersilang lengan, yang membuatkan ramai lawan kecewa menentangnya. Norton menjadi sebutan peminat tinju di dunia apabila menjadi peninju kedua yang menewaskan Muhammad Ali pada 1973, mematahkan dagu tinju lagenda tersebut. Norton menentang Ali sebanyak 3 kali, tewas dua perlawanan berikutnya.

Video - Ken Norton menewaskan Muhammad Ali dengan kiraan mata dan mematahkan dagu Ali


6. RON LYLE                
Boxing record
Total fights51
Wins43
Wins by KO31
Losses7
Draws1

Ron Lyle (February 12, 1941 – November 26, 2011)

Lyle terkenal dengan tumbukan yang jitu, dan sering menarik perhatian peminat dengan semangat perjuangan yang tinggi seperti yang ditunjukkannya dalam perlawanan klasik ketika menentang Muhammad Ali, George Foreman, Earnie Shavers dan lain..

Video - Ron Lyle menewaskan Earnie Shavers dengan K.O dalam satu perlawanan hebat

7.  EARNIE SHAVERS

Boxing record
Total fights89
Wins74
Wins by KO68
Losses14
Earnie Shavers (lahir August 31, 1945)
Shavers dianggap oleh sejarawan tinju Bert Randolph Sugar dan ramai penggemar tinju sebagai penumbuk terkuat sepanjang zaman, dengan memenangi 23 KO dalam pusingan pertama. Shavers kekurangan dari segi stamina dan pertahanan yang mantap, yang merupakan antara factor kekalahannya. Walaupun begitu, beliau boleh menumbangkan lawannya hanya dengan sekali tumbukan yang padu untuk menjatuhkan lawan.

Video - Earnie Shavers vs Jimmy Ellis

8.  GERRY COONEY
Boxing record
Total fights31
Wins28
Wins by KO24
Losses3
Gerry Cooney (lahir August 4, 1956)
Dengan ketinggian saiz dan promosi hebat dari pakar penganjuran tinju, Cooney bertinju dengan beberapa jaguh tinju dunia, antaranya perlawanan merebut gelaran dunia menentang Larry Holmes pada 1982. Cooney tewas dengan kiraan mata dan diberi pujian kerana memberi tentangan hebat kepada Holmes sebelum tewas dengan kiraan mata.Kekurangan dari segi pertahanan adalah kelemahan utama Cooney seperti terbukti apabila ditewaskan oleh  Michael Spinks dalam pusingan kelima. Cooney juga menampilkan tumbukan padunya ketika menentang George Foreman yang besar pada 1989, tetapi gagal memanfaatkan kekuatannya apabila pertahanan yang lemah membuatkan beliau tewas K.O pusingan kedua kepada Foreman, mengakhiri kariernya.

Video - Gerry Cooney vs Ken Norton

9.  JERRY QUARRY
Boxing record
Total fights66
Wins53
Wins by KO32
Losses9
Jerry Quarry (May 15, 1945 - January 3, 1999)
Quarry digelar "Irish" atau “TheBellflower Bomber”.Quarry disenaraikan oleh Ring Magazine sebagai peninju paling popular dari 1968–1971, semasa beliau erada di kemuncak kerjaya.

Quarry adalah peninju yang lincah, dan bijak melakukan serangan balas. Beliau mempunyai tangan yang pantas dan pukulan ceduk yang hebat. Dia juga mempunyai dagu yang kental, walaupun kelemahan utamanya mengambil mudah lawan tidak ternama, di samping menpunyai ‘nasib malang’ kerana berada sezaman dengan peninju lagenda seperti  Ali, Frazier, Foreman, Patterson and Norton.Berketinggian 6 kak dan berat 88 kilogram semasa zaman kemuncaknya, adalah dianggap kecil berbanding pihak lawan.

                    Video - Jerry Quarry vs Earnie Shavers

10.  JIMMY ELLIS
Professional boxing record
Total53
Wins40
By knockout24
Losses12
James "Jimmy" Ellis (February 24, 1940 – May 6, 2014)
Ellis adalah bekas juara heavyweight dunia, dimenanginya apabila menewaskan Jerry Quarry pada 1968. Beliau mempertahankan gelaran apbila menewaskan Floyd Patterson sebelum tewas kepada Joe Frazier dalam pusingan pada tahun 970.

Ellis juga dikenali dalam pertarungannya menentang George Chuvalo, Muhummad Ali, Earnie Shavers, Ron Lyle and Joe Bugner.Beliau bersara dari arena tinju ketika berusia 35 tahun pada 1975.

10.  JIMMY YOUNG
Boxing record
Total fights56
Wins34
Wins by KO11
Losses19
Jimmy Young (November 14, 1948 – February 20, 2005)
Young mencapai zaman gemilangnya pada era 70’an, apabila beliau berjaya menewaskan George Foreman (yang kemudiannya bersara),dan tewas tipis kiraan mata kepada penyandang juara, Muhammad Ali. Young juga menentang ramai lawan-lawan ternama di eranya.

Dalam perlawanan ke 11 profesionalnya, Young menentang pencabar utama gelaran heavyweight Earnie Shavers yang mempunyai rekod kemenangan 42-2. Earnie menerima kekalahan K.O nya yang pertama di tangan Young. Selepas itu Young tidak pernah tewas dalam masa 3 tahun termasuk kemenangan terhadap pencabar handalan heavyweight, Ron Lyle. controversial draw in a re-match with Shavers (many observers scored the bout for Young). Kemenangan itu menunjukkan beliau boleh berhadapan dengan peninju yang mempunyai tumbukan padu yang akhirnya membawa beliau menentang penyandang juara dunia, Muhammad Ali pada 1977. Young tewas kepada Ali dengan kiraan mata.
                                       
Foto 1989 - 5 Bekas Juara Tinju Heavyweight Dunia
Dari atas kiri; Ken Norton, George Foreman, Larry Holmes, Joe Frazier, Muhammad Ali



No comments: