Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Monday, November 26, 2018

IPOH PRE WAR BUILDINGS - YESTERDAY AND TODAY

IPOH PRE WAR BUILDINGS -YESTERDAY AND TODAY

Penjajahan British di Negeri-Negeri Melayu semenjak 1874 dan penghijrahan beramai-ramai imigran Cina dan India telah membawa kesan bukan sahaja kepada bentuk ekonomi di Tanah Melayu, tetapi juga kepada struktur bangunan yang di tinggalkan.
Berikut ialah bangunan-bangunan lama tinggalan zaman Great War dan sebelum Perang Dunia Ke2.

BANGUNAN DI JALAN PANGLIMA BUKIT GANTANG ( CLUB ROAD )

STESEN KERETAPI IPOH ( 1914 )


Sejarah kereta api Tanah Melayu bermula di negeri Perak pada tahun 1885 iaitu apabila landasan pertama siap dibina dari Taiping ke Port Weld (nama baharunya Kuala Sepetang). Bangunan stesen keretapi Ipoh dibina pada tahun 1914 oleh arkitek kerajaan yang terkenal Jeneral A.B Hubback (1871-1948 ). Hubback juga membentuk banguanan-bangunan bersejarah di Kuala Lumpur seperti stesen keretapi Kuala Lumpur dan Bangunan Sultan Abdul Samad.
Menggunakan decoration classical style ‘Raj’ dan kubah Moorish, bangunan ini dikenali sebagai ‘Taj Mahal’ Ipoh.



Stesen Keretapi Ipoh pada awal tahun 1900'an


Stesen Keretapi Ipoh sekarang


IPOH TOWN HALL ( 1916 )



Direka oleh AB Hubback yang juga membentuk design Stesen Keretapi, dengan rekabentuk Neo-Renaissance Victoria, digabung dengan ciri-ciri Greek dan Roman Bangunan ini terbahagi kepada 2, di bahagian hadapan ialah Majlis Perbandaran dan di belakang menempatkan Pejabat Pos dan Telegraph. Syarikat Hindia Timur British membina bangunan ini pada 1913 dan siap pada 1916. Sepanjang tempoh itu  Bangunan ini pernah digunakan sebagai ibu pejabat polis daerah dan sekarang menganjurkan pelbagai majlis penting.



Ipoh Town Hall

Pejabat Pos Besar Ipoh (Foto lama )


 MAHKAMAH TINGGI (1948 )

Terletak di Jalan Panglima Bukit Gantang, Mahkamah Tinggi Ipoh dibina dari tahun 1926 hingga 1928. Ia dibuka pada tahun 1928 oleh Residen Perak ketika itu R.W Thompson  dan digunakan sebagai mahkamah tinggi semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu.





PERPUSTAKAAN LAMA IPOH ( 1931)




Perpustakaan Perak ini adalah yang pertama di Tanah Melayu yang diuruskan oleh kerajaan tempatan. Ia dimulakan oleh Rotary Club pada 1931 dikenali sebagai Ipoh Juvenile Library. sebelum diserahkan kepada Ipoh Sanitary Board pada 1936.


Perpustakaan lama Ipoh ini sekarang digunakan sebagai Pejabat Penguatkuasa MBI

ROYAL IPOH CLUB (1895)

Royal Ipoh Club merupakan tempat elit untuk pegawai-pegawai British sebelum kemerdekaan negara. Awalnya hanya pegawai British sahaja yang boleh menjadi ahli kelab sehinggalah merdeka apabila Sultan Perak menjadi ahli eksklusif seyterusnya menjadi penaung kepada kelab ini.
Semasa pemerintahan Jepun pernah dijadikan tempat laundry kepada tentera Jepun yang beribu pejabat di St Michael Institution yang bersebelah dengan bangunan ini.









Padang di Ipoh Club ini pada awalnya digunakan oleh British untuk permainan kriket. Kemudian digunakan untuk permainan bola sepak dan hoki. Pada tahun 70'an dan 80'an pertandingan hoki antarabangsa pernah diadakan disini. Saya pernah menonton perlawanan hoki zaman Foo Keat Seong antara Malaysia vs Pakistan, India, Belanda di sini sebelum Stadium Hoki Sultan Azlan Shah dibina.



MUZIUM DARUL RIDZUAN


Muzium Darul Ridzuan asalnya ialah sebuah banglo 10 bilik yang dibina untuk towkay lombong cina, Foo Choong Yit. Pada 1950, kerajaan mengambilalih premis ini untuk dijadikan Pusat Kawalan Keselamatan. Selepas merdeka 1957, ia dijadikan pejabat Bahagian Pekhidmatan Awam sebelum dijadikan sebagai Muzium Darul Ridzuan pada 1992.



SEKOLAH RENDAH ANDERSON (1909)



Bangunan ini dinamakan sempena Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu, Sir John Anderson. Dibina untuk menempatkan murid-murid sekoalah rendah di Ipoh sebelum lokasi sekolah tersebut berpindah ke Ashby Road pada 1931.



Bekas bangunan Sekolah Rendah Anderson ini kini menempatkan jabatan pentadbiran negeri Perak.

IPOH OLD TOWN

BANGUNAN HSBC (1931)

Bangunan HSBC- Petikan foto dari Ipoh World
Terletak disimpang Jalan Sultan Yusuf dan Jalan Tun Sambanthan. Dibina dengan struktur gaya Victoria neo-Renaissance pada 1931. Bangunan ini merupakan bangunan tertinggi di Ipoh sehingga kemerdekaan negara. Dibina untuk menarik pelanggan dan penyewa termasuk golongan profesional, ahli perniagaan dan pelombong bijih timah.





FMS BAR & RESTAURANT (1923)


Bersebelahan dengan Padang Ipoh Kelab, restauran ini diasaskan oleh pendatang Hainan. FMS (Federal Malay States ) dianggap restoran tertua di Malaya.  Pengunjung utama restoran ini ialah pelombong dan peladang.






PERAK HYDRO BUILDING (1930'AN)



Terletak di Station Road. Syarikat ini ditubuhkan di London pada untuk menyalurkan kuasa elektrik kepada industri perlombongan di Lembah Kinta. Dibina pada tahun 1930'an dan bangunan ini menempatkan pejabat pentadbiran Tenaga Nasional Berhad.




MERCHANTILE BANK (1931)


Terletak di Station Road. Bangunan empat tingkat ini dibina pada 1931 dengan rekaan Art Deco stylish. Dibina untuk Merchantile Bank Of India Ltd Guthrie & Co. Merupakan salah sebuah agensi pengeluar yang terkemuka di Malaya dan Singapura ketika itu.

Petikan foto Ipohworld


BANGUNAN CHUNG THYE PIN (1905)


Terletak di Jalan Sultan Yusof (Belfield Street). Dibina pada tahun 1905 oleh Kapitan Cina terakhir di Malaya iaitu Chung Thye Phin. Awalnya digunakan sebagai pusat perniagaan bijih timah, perladangan dan ternakan. Kemudiannya diduduki sebagai Dewan Perubatan Dr R.M Connolly, Oldfield Dispensary dan dan George Town Dispensary Ltd.




KEDAI MIKASA PHOTO STUDIO (1911)


Terletak di jalan Sultan Yusof, ia dihuni pada 1911 oleh Mikasa Photo Studio,yang dimiliki oleh Masaji Fukabori, yang semasa mengoperasi kedai gambar ini merupakan spy Jepun yang menghantar maklumat perisikan tentang British di Perak kepada tentera Jepun.

BANGUNAN S.P. H DA SILVA ( AWAL TAHUN 1900'AN)


Berhampiran dengan bangunan Chung Thye Phin di Jalan Sultan Yusof, ia dibina pada awal tahun 1900. Menggunakan corak binaan Renaissance, ia merupakan bangunan perdangangan yang tertua di Ipoh. S.P.H Da Silva selama berdekad dikenali sebagai tukang emas dan terkenal sebagai pembuat trofi, medal dan shields.



No comments: