Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Friday, February 7, 2020

YEAR 1978

PERISTIWA TAHUN 1978
Selamat hari lahir for those who are born in 1978..
1978 ialah tahun yang diingati apabila Argentina menjuarai bola sepak Piala Dunia buat julung kalinya. Saya yang ketika itu bersekolah di tingkatan 1 merasa bahang kejohanan bola sepak terunggul dunia itu. Ketika itu laporan kejohanan hanya di suratkhabar dan RTM sahaja. Tv pula masa itu hitam putih sahaja dan hanya dapat dilihat liputan perlawanan pada masa berita RTM. Namun ini adalah kejohanan piala dunia pertama saya melihat perlawanan akhir secara langsung di kaca tv.
Tahun ini juga merupakan zaman kemuncak muzik disko 70'an dengan John Travolta meneruskan goyang diskonya dalam filem 'Grease' selepas kejayaannya dalam filem 'Saturday Night Fever' setahun yang lalu.
Dalam dunia politik, Mesir dan Israel mengadakan rundingan damai selepas sekian lama bersengketa termasuk Perang Arab-Israel yang tidak menyebelahi negara-negara Arab.
Ahli keluarga saya juga bertambah pada tahun ini apabila ibu  melahirkan anak ke-7 pada 2 Januari dan merupakan adik ke 6 saya ( kami 8 beradik semuanya).
Berikut saya kutip beberapa peristiwa penting dan yang diingati sepanjang tahun 1978.....


18 Mac - Presiden Pakistan, Zulfikar Ali Bhutto didakwa dan dikenakan hukuman mati atas kesalahan mengarahkan pembunuhan musuh politiknya.
02 Apr - Drama tv Dallas ke udara di rangkaian televisyen CBS, menandakan bermulanya drama soap opera moden pertama di Hollywood


27 Apr - Presiden Afghanistan, Daoud Khan dan keluarga dibunuh oleh puak penentang dan digantikan oleh Nur Muhammad Faraki. Bermulalah perang saudara di Afghan yang masih belum tamat sehingga sekarang.
09 Mei - Mayat bekas Perdana Menteri Itali, Aldo Moro dijumpai dalam sebuah bonet kereta Fiat Merah.
Nota : Aldo Moro diculik oleh militan Red Brigades Italy yang menuntut pembebasan 16 anggota miltannya yang ditahan namun perbincangan untuk pertukaran pembebasan Aldo Moro dengan militan gagal sehingga akhirnya Moro dibunuh.

Mayat Aldo Moro ditemui dalam bonet kereta Fiat

Aldo Moro ketika dalam tahanan militan Italy Red Brigades
10 Mei - Liverpool mempertahankan kejuaraan Piala Eropah (sekarang Champion League) apabila menewaskan Club Brugge (Belgium ) 1-0 hasil jaringan  Kenny Dalglish pada Final di Stadium Wembley, London.

   

18 Mei - Bandar Sarajevo, Yugoslavia dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik Musim sejuk 1984.
Mei -      Nottingham Forest di bawah kendalian Brian Clough menjuarai Liga Division 1 England.
Nota : Forest menjadi kelab pertama selepas Ipswich Town 1961-62 yang menjuarai Liga Div 1 sejurus sahaja selepas dinaikkan dari Div 2.

Nottingham Forest -Juara Liga Div 1 Inggeris  1977-78 (Sekarang bergelar EPL )
01 Jun - Kejohanan Bola Sepak FIFA Piala Dunia bermula di Buenos Aires, Argentina.
16 Jun - Filem muzikal 'Grease' ditayangkan di pawagam dan mendapat sambutan box office
19 Jun - Garfield, yang kemudiannya menjadi ikon paling popular di dunia, mula membuat kemunculan.

25 Jun - Argentina menewaskan Belanda 3-1 untuk bergelar Juara Piala Dunia 1978


Final Piala Dunia 1978 Argentina vs Belanda

11 Jul - Kepulauan Solomon memperolehi kemerdekaan dari United Kingdom
25 Jul - Louise Brown, bayi tabung uji pertama dunia dilahirkan di Oldham, England.


Bayi tabung uji pertama, Louise Brown sekarang

05 Sept - Perdana Menteri Israel, Menachem Begin memulakan proses rundingan damai bersama Presiden Yasser Arafat di Camp David, Maryland, US.
Nota : Setahun kemudian Yasser Arafat dibunuh oleh puak yang menentang Perjanjian Damai Camp David tersebut.

Yasser Arafat (kiri), Presiden US Jimmy Carter (tengah)dan Menachem Begin di Camp David 
16 Sept - Jeneral Zia Ul-Haq memulakan tugas sebagai Presiden Pakistan menggantikan Zulfikar Ali Bhutto yang berada dalam tahanan.
01 Okt -  Vietnam menyerang Cambodia.
03 Nov - Dominica mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom.
11 Dis - 2 juta rakyat Iran mengadakan demonstrasi menentang pemerintahan Shah Iran.
15 Dis - Filem Superman ditayangkan di pawagam.
Nota : Palakon utama Christopher Reeves seterusnya memegang watak Superman dalam sequel Superman II , Superman III dan Superman IV. Pada tahun 1995, Reeves terjatuh dari kuda ketika menyertai satu pertandingan equestrian dan lumpuh seluruh badan . Beliau terpaksa menggunakan wheelchair dan bantuan tiub pernafasan sehingga akhirnya meninggal dunia pada 2004

Kelahiran 1978

Kobe Bryant

Rani Mukherjee
Manny Pacquaio

John Legend

Frank Lampard

Shalin Zulkifli
Jaclyn Victor




Top Movies 1978
1. Superman The Movie
2. Grease
3. Drunken Master
4. Lord Of The Ring Animation
5. Halloween



Jacky Chan beraksi dalam filem box office 1978 'Drunken Master'

Top Songs 1978
 Shadow Dancing - Bee Gees
YMCA - Village People


Grease

Village People 'YMCA'

Black Dog Bone

Peristiwa 1978 Di Malaysia
07 Dis - Shah Alam menjadi ibu negeri Selangor
28 Dis - Siaran tv warna pertama dilancarkan oleh RTM di saluran RTM 1.

Siaran tv warna pertama oleh RTM

Filem Melayu 1978



Di olah oleh de'lenjen...

No comments: