EPL atau Liga Inggeris Division 1 dahulunya adalah dianggap liga yang paling menarik dan mencabar di seluruh dunia. Komitmen, kepantasan dan persaingan sengit antara kelab-kelab di liga Inggeris menyebabkan liga ini mempunyai peminat dan penyokong yang ramai.
Sama juga di Malaysia, liga Inggeris mempunyai penyokong yang tidak terkira dari pelbagai golongan, tua muda,yang pandai main, yang terasa pandai main, yang kaki kerusi bangku tanpa mengira kaum agama, ramai yang mengikuti perkembangan bolasepak liga Inggeris ini. Sementelahan lagi, sebagai bekas tanah jajahan British, siaran bola Inggeris telah berada di kaca tv kita sejak awal tahun 70'an lagi. Terdapat siaran langsung Piala FA di tayangkan pada saban tahun. Kemudian lewat 70'an barulah menyusul bundesliga German yang ke udara di RTM seminggu sekali diikuti liga Itali tahun 80'an( itupun rakaman aje)
Saya tidak terkecuali menjadi peminat liga Inggeris, dan saya adalah penyokong dan peminat setia kelab Manchester United atau di gelar The Red Devils. Mengapa saya menjadi penyokong Man Utd?
Biasanya penyokong setia sesebuah kelab bolasepak itu akan menyokong kelab berkenaan sejak dibangku sekolah rendah lagi atau di zaman sebelum akil baligh. Jika ini berlaku, beliau biasanya akan menjadi pengikut setia kelab itu sehingga dewasa. Ada juga yang menyokong sesebuah pasukan kerana kejayaan, glamourous atau mengikut kawan-kawan. Biasanya kelab-kelab ternama dan kerap menempa kejayaan akan akan mempunyai penyokong yang ramai. Tidak akan ada peminat akan mengikuti kelab tidak tidak ternama dan tanpa kejayaan.
Begitu jugalah lebih kurang dengan saya. Ketika itu mana ada internet atau media macama sekarang ni. Seingat saya, tiada seorang pun kanak-kanak seusia saya yang bercerita tentang bolasepak Inggeris ketika itu kerana tiada pendedahan atau tiada maklumat. Khabar atau maklumat tentang bolasepak hanya boleh dikuti dari suratkahabar atau radio aje. Budak-budak sebaya saya rasanya tidak ada yang membaca suratkhabar ketika itu, mungkin kalau ada maklumat pun kalau mereka mendengar berita dari radio.
Saya mengikuti bola Malaysia sejak tahun 1975 melalui radio, tv dan saya juga sudah membaca akhbar ( darjah 4 masa tu), kelab EPL yang mula-mula saya dengar dan kenal ialah Arsenal, kerana Arsenal ketika itu berkunjung ke Kuala Lumpur mengadakan perlawanan persahabatan menentang Malaysia ( Malaysia menang 2-0 hasil 2 jaringan Mokhtar Dahari)
Berikut ialah link peristiwa kedatangan Arsenal ke Malaysia pada 1975.
http://www.stadiumastro.com/sports/football/article/how-arsenal-caused-a-malaysian-team-to-lose-to-lebanon-in-1975/44099
Perlawanan Persahabatan Malaysia vs Arsenal 1975. Malaysia 2- Arsenal 0 |
Setelah perlawanan itu saya mula mengikuti perkembangan bola sepak Inggeris.
Seorang rakan membawa beberapa buku brosur/cenderamata tentang kelab bola sepak Chelsea ( saya sebut Chel sia Masa tu..hu..hu..). Saya minat membacanya, tapi saya tidak jatuh hati pada Chelsea.
Hanyalah pada tahun 1977 apabila akan berlangsungnya perlawanan FA Cup antara Liverpool vs Manchester United saya mula mendapat satu kelab bola sepak kelak.. Suratkhabar dan tv mula memberikan liputan akan perlawanan itu, dan saya mula membaca kisah dan sejarah bola sepak Man Utd. Cerita tentang kemalangan kapalterbang Munich 1958 dan bagaimana mereka muncul kembali menjuarai Piala Eropah 1968 membawa rasa simpati dan kagum saya atas kegemilangan kelab ini. Ketika itu darjah 6, adalah rakan-rakan rapat, cuma sorang aje yang tahu akan final itu. Saya tanya kawan, dia tahu saya suka Man Utd. 'Hang sokong team mana?' 'Tak tau, tapi akak aku sorak team Man Utd, pasai player dia hensem-hensem' ha..ha..(Kami dulu-dulu tak sebut MU, tapi sebut nama panjang, Manchester United ). Di rumah pun tak ramai mengikuti bola Inggeris. Orang-orang veteran lebih tahu tentang bola Inggeris dah adalah dengar mereka bercerita. Kebetulan bila live Final FA Cup mereka akan bersama di rumah saya, kerana rumah saya adalah antara dua rumah aje yang ada tv(blackwhite) dan rumah sentiasa terbuka.
Walaupun Liverpool ketika itu merupakan kelab terhandal mempunyai pemain hebat dan termasyur England ketika itu, Kevin Keegan, tapi hati saya mula meminati kelab Man Utd dan mengikuti serta menjadi penyokong setia sehingga kini.
FA Cup Final 1977 - Man Utd Vs Liverpool Kelihatan di sebelah kiri Stuart Pearson (Man Utd) dan Kevin Keegan (Liverpool) |
Senarai pamain Liverpool dan Man Utd dalam Final FA Cup 1977 |
Man Utd meraikan kejayaan FA Cup 1977 |
Demikianlah cerita bagaimana mulanya saya menjadi penyokong dan peminat setia Man Utd...namun begitu secara keseluruhannya saya meminati liga Inggeris, jika ada kelab-kelab Inggeris yang bertanding di Eropah, saya akan menyokong kelab Inggeris tidak kira Liverpool, Nottingham Forest, Aston Villa, Tottenham, Everton atau Arsenal ( ketika itula....he..he..).
Bagaimana dengan anda....hardcore fan? Fanatik? Atas pagar? bawah pagar?
After this I will write an article about the MU sides which I supports so much in my youth time, that's in the 80's, the era of Bryan Robson 'Captain Marvel'
Saya akan bercerita tentang saya dan Man Utd pada era 80'an di mana dalam zaman tanpa internet ketika itu saya adalah antara peminat bola Inggeris yang awal sekali mendapat keputusan perlawanan yang biasanya hanya akan diketahui umum hanya selepas sehari perlawanan melalui suratkhabar. Camana caranya, tunggguuuuu 😆
No comments:
Post a Comment