Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Sunday, November 24, 2019

Kumpulan Muzik Pop 80'an


Ini zaman masa sekolah menengah atau zaman 'rumaja'. Orang sekarang kata tengah baru nak 'up' lah katakan. Masa ni banyak masa dengar lagu-lagu di radio. Cuti panjang sekolah boleh buat kerja part time, simpan duit sikit dan boleh beli radio compo dengar radio rtm ( satu saluran Melayu aje masa tu...). kalau ada duit lebih beli la kaset murah-murah...( ehemmm..faham-faham ajela apa kaset murah tu ya..)
Setelah pudarnya era Pop Yeh-Yeh 60'an yang berkonsepkan muzik gitar rancak ala-ala Kumpulan Beatles, senario muzik tanahair terdedah kepada muzik-muzik pop barat yang dipopularkan oleh kumpulan seperti Bee Gees, Abba, Boney M dan lain-lain.banyak kumpulan-kumpulan muzik dan pasangan duet muncul di Tanah Melayu masa itu..

Muncul pada pada tahun 70'an, kumpulan-kumpulan band ini mencipta nama dan memeriahkan persada  muzik tanahair pada tahun 80'an.

BLACK DOG BONE ( 1976-1981)  


Ditubuhkan di Singapura pada 1976, pada awalnya kumpulan ini mengiringi artis-artis Hong Kong, taiwan, Singapura membuat persembahan.

Black Dog Bone menjadi band muzik terkenal apabila menghasilkan album pertama 'Sindir-Sindir Sayang' dengan lagu-lagu hit seperti 'Bila Rindu', 'Releks' dan album kedua 'Si Gadis Ayu' terbitan 1978 terus mendapat sambutan menggalakkan.

Black Dog Bone berpecah pada tahun 1981 setelah menampilkan tujuh album, namun masih menghasilkan kompilasi album sehingga 2005.
Ahli Kumpulan terdiri dari Razzi M (Ketua, Guitar, Vokal), Jatt (Vokal, drum), Masron Ali (Trumpet, Vokal), Hamid Ahmad (Guitar), James Chan (Tenor, flute), Michael Heng (keyboard)



ALICE SOUND (1979-83) 
Popular pada penghujung tahun 1970'an, Alice Sound berasal dari Klang, Selangor diketuai oleh Man Said (vokal), Muhaini Suratman (vokal), Othman Mohamad dan Ramlee Mohd Shariff. Lagu-lagu popular mereka ialah seperti Keluhan Kasih, Pergilah Sayang, Penyesalan, Adikku Nina, Tiada Cinta Lagi.


Keluhan Kasih

Pergilah Sayang


CAREFREE (1979-1980'an)
                             

Carefree merupakan sebuah kumpulan uzik yang popular di malaysia pada tahun 70'an hingga awal 80'an. Album pertama Carefree diterbitkan pada tahun 1979 berjudul 'Kebebasan". Anggota asala Carefree ialah Jay Jay (vokal), Simon Leo (vokal), Nana Pawan Chik, Rahim Othman, Raja Rashid, Raja Rahman (Boy). Antara lagu-lagu popular Carefree ialah 'Rindu Bayangan', 'Belaian Jiwa' 'Dendangan Laguku', ' Kini Baru kau Sedar', 'Joget Mak Enon'
Carefree menghasilkan 4 album keseluruhan dan berpisah pada pertengahan 80'an dengan Jay jay meneruskan karier sebagai penyanyi solo.

Rindu Bayangan

                                                                       Belaian Jiwa

Kumpulan Alleycats  (1968-2007)


Ditubuhkan pada 1968 oleh dua beradik dari Pulau Pinang iaitu David arumugam dan Loganathan Arumugam. Awalnya Alleycats kerap membuat persembahan di hotel dan kelab malam seperti di Hong Kong, Singapura.

Album Inggeris pertama Alleycats berjodol 'Alleycats' 1978 tidak mendapat sambutan namun nasib kumpulan ini berubah apabila menceburi muzik Melayu. Dengan sentuhan komposer muda ketika itu Wan Ibrahim dan M.Nasir, album Melayu pertama Alleycats 'Terima Kasih' yang memuatkan lagu-lagu popular ketika itu telah mendapat sambutan hangat dari peminat muzik tanahair.

Alleycats terus mencipta nama dan melonjakkan diri sebagai kumpulan muzik paling popular di Malaysia dan Singapura pada tahun 80'an dengan lagu-lagu hits nya seperti 'Jika Kau Bercinta Lagi' , 'Senyumlah Kuala lumpur', 'Seribu Bintang', 'Andainya Aku Pergi Dulu', 'Hingga Akhir Nanti', 'Sampaikanlah Salam' dan banyak lagi.

Loganathan Dan David Arumugam, dua beradik pengasas kumpulan Alleycats

Alleycats aktif sehingga tahun 2008 apabila Loganathan meninggal dunia dan David Arumugam kerap membuat kemunculan sola di majlis dan pertunjukan TV. Namun nama Alleycats tetap terpahat sebagai kumpulan muzik yang paling top di Malaysia/Singapura
Ahli Kumpulan David Arumugam (Vokal), Loganathan Arumugam (Vokal dan Percusion), Shanmugam (Guitar), Frank Ong (Bass), Tan Chin Hock (Drum), Chester Anthony (saksofon)



D' ATOMIC POWER ( 1978-81)



Ditubuhkan di Sandakan sabah pada tahun 1978, kumpulan ini menjuarai Bakat TV 1979 (Siri petandingan hiburan yang popular di RTM ketika itu).
Dengan penyanyi utamanya Rudy Ahmad, kumpulan ini menghasilkan dua album sebelum berpecah pada tahun 1982. Lagu popular mereka ketika itu ialah 'Cinta Benar Cinta'




KUMPULAN THE FLYBAITS

Flybaits ialah kumpulan muzik yang cukup popular di arena muzik Melayu pada tahun 80'an. Kumpulan ini terkenal dengan lagu hits siulan remaja ketia itu 'Kenangan Lalu'. Ditubuhkan di Singapura. Kumpulan ini diketuai oleh penyayi utama yang berasal dari Filipina Fredo.



Flybaits yang sebelum itu kerap muncul di kelab-kelab malam dan majlis hiburan merakamkan albun pertama pada tahun 1981 bertajuk Dewi Cinta. Antara  lagu-lagu hits yang lain seperti "Mengapa Perpisahan Kau Pinta', 'Kasih Berubah' 'Cahaya Cinta' 'Kesan' 'Keindahan Alam; dan banyak lagi.








KEMBARA  



Kumpulan Kembara ditubuhkan di Singapura pada 1979 oleh tiga anak seni muda yang berbakat menyanyi, menulis lirik dan bermain alat muzik iaitu M.Nasir, A.ali dan S.Sahlan.
M.Nasir yang telah berjaya menulis lagu yang top untuk kumpulan Alleycats dan artis lain awalnya adalah penyanyi solo dan duet bersama Yunizar Hosssein dan kemudian menubuhkan kumpulan Trio Kembara.

Konsep muzik Kumpulan Kembara bertemakan sosial masyarakat, persekitaran, ketuhanan. Album pertama mereka 'Kembara' 1981 telah mendapat sambutan hangat dari peminat muzik tanahair dengan lagu-lagu popular seperti 'Hati Emas', Ekspres Rakyat', 'Senandung Buruh kasar', 'Lagu Untuk Seorang Ibu', 'Kisah Seorang Nelayan' 'Malam' dan lain-lain.

Kumpulan Kembara berpecah pada tahun 1985 setelah menghasilkan album ke enam apabila ahli-ahlinya membawa haluan sendiri. M.Nasir membawa ahli-ahli baru menyertai Kembara, A.Ali menjadi komposer muzik kemudiannya menubuhkan kumpulan duet 'Pelangi', manakala S.Sahlan meneruskan kerjaya sebagai komposer muzik dan kadangkala sebagai pelakon.
Namun legasi peninggalan muzik Kembara tetap indah dengan muzik rakyat yang didendangkan tetap menjadi kenangan.




KUMPULAN REVOLVERS 1980-83

Ditubuhkan pada tahun 70'an dan merakamkan album pertama pada 1980 bertajuk "Namun Ku Punya Hati' yang merupakan salah satu lagu hit kumpulan ini.


Dianggotai oleh Freddie Fernandez ( Ketua, vokal, guitarist) yang kemudiannya menjadi Presiden  Persatuan Karyawan Malaysia dan pencetus idea Anugerah Industri Muzik (AIM) dan pemain gitar pula ialah Manan Ngah yang kemudiannya popular sebagai pecipta lagu dan pemenang pertama anugerah Juara Lagu menerusi lagu Francesca Peter 'Sekadar Di Pinggiran'.




Revolvers menghasilkan sejumlah 3 album sehingga 1983 dan tidak merakamkan album lagi namun masih aktif di majlis hiburan sehingga lewat 80'an

                                     

KUMPULAN HARMONI ( 1973-1986 )

Diasaskan pada tahun 1973 oleh Zubir Ali (Allahyarham) dan Joe yang merupakan tenaga pengajar muzik di ITM. Pada 1980'an Harmoni mengambil penyanyi wanita, Azie dan Ogy yang merupakan penuntut di ITM yang sama.

Terkenal dengan lagu-lagu puisi pada awalnya Harmoni sering diundang mengadakan persembahan selingan untuk deklamasi sajak anjuran GAPENA dan persatuan-persatuan lain.

Pada 1981, penggubal muzik Zalikamari mempelawa Harmoni merakam lagu dan album pertama bertajuk 'Penantian'. Album ini mendapat sambutan hangat dari peminat muzik dengan lagu popular seperti 'Penantian', 'Doa', 'Sepanjang Jalan Ke Pulau Pinang' dan lain-lain.



Album kedua Harmoni 1983 berjudul 'Ombak' juga mendapat sambutan namun kumpulan Harmoni tidak dapat bertahan lama apabila ahli-ahlinya mengikut haluan masing-masing dengan Zubir Ali meneruskan minat muzik pusinya membuat persembahan secara solo dan ahli-ahli lainnya menyambung pelajaran ke luar negara.
Al-fatihah Zubir Ali 1949-2009



KUMPULAN AL-JAWAHER

Al-Jawaher merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan berasal dari Singapura. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab.



Kumpulan Al-Jawaher pada asalnya merupakan sekumpulan wanita muda yang sama-sama belajar mengaji dan berzanji di Singapura dengan sepasang suami isteri, Ustaz Haji Md Karim dan Ustazah Hamidah Haji Shukor.[1] Ustaz Haji Md Karim mengajar pelajaran Agama Islam sementara isterinya mengajar mengaji Al-Quran dan berzanji.
Ustaz Haji Md Karim merupakan orang yang memberi cadangan kepada mereka supaya menubuhkan kumpulan nasyid kerana beliau tertarik mendengar mereka berzanji. Beliau kemudiannya memperkenalkan mereka kepada komposer M. Nasir yang pada waktu itu bekerja di Polygram Records.[2] ( Sumber Wikipedia)
Al-Jawaher menghasilkan 5 album antara 1980-90 dengan yang pertama berjudul 'Permata' dan terakhir 'Alam Insan' tahun 1990.
Antara lagu popular kumpulan ini ialah 'Perjalanan'  1982 'Kembara Di tanah Gersang' dan lagu raya 'Mohon Restu Ayahbonda'


KUMPULAN IDEAL SISTERS

[


Ditubuhkan di Singapura pada 1980 dengan dianggotai tiga bersaudara iaitu adik beradik kembar Junainah (isteri M.Nasir), Junainadah Johari (isteri S.Amin Sahab) dan ibu saudara mereka Azizah. Kumpulan ini menghasilkan tiga album dan lagu paling popularnya 'Hanya Sekali' terbitan tahun 1982



ROY DAN FRAN 1982-84

Royston Sta Maria dan francesca Peter, lebih dikenali sebagai 'Roy & Fran', adalah artis duet yang terkenal pada tahaun 80'an. Ada ketikanya mereka digelar 'The Carpenters Of Malaysia'. Gabungan penyanyi yag mempunyai kacukan Portugis ini dtambah dengan kekuatan vokal dan suara yang harmoni menjadikan mereka pasangan duet yang serasi.




Fran berpadu suara bersama Roy ketika dia berusia 18 tahun dan pada tahun 1982 mereka merakamkan album sulung bertajuk Siapa Dia Sebelum Daku yang menjadi lagu hit mereka.
Album kedua Bersama Pertemuan Ini tahun 1983 juga mendapat sambutan, namun walaupun pasangan ini diterima ramai mereka berpecah apabila Fran mengambil keputusan untuk meneruskan karier nyanyian secara solo




\


KUMPULAN GINGERBREAD 1882-85

Kumpulan Gingerbread merupakan sebuah kumpulan muzik yang lahir pada awal 80'an. Diasaskan oleh dua adik beradik kuam India Moses dan Chris Vadham dan 4 anggota lain.
Kumpulan ini menghasilkan 2 alkbum iaitu Ku Cari damai Di hati 1982, dan Kau Kurindukan 1985.
Kedua-dua lagu dari judul album ini menjadi lagu hit mereka.






KENNY, REMY DAN MARTIN ( KRM )

Uniknya kumpulan ini dianggotai oleh 3 pemuda kaum Cina bernama Kenny Tay ( Vokal, Guitar) dan dua beradik Remy ( Bass) dan Martin Loh ( Keyboadrd). Mereka dipalawa oleh penyanyi veteran Frankie Cheah yang merupakan orang kuat syarikat rakaman pring hitam WEA untuk merakam album Melayu.


Mereka merakam tiga album iaitu 'Ku Petik Bintang-Bintang' keluaran 1983, 'Kebekuan Hati' terbitan 1984 dan 'Suratan Atau Kebetulan ' 1986.

Lagu 'Ku Petik Bintang-Bintang' dan "Suratan Atau Kebetulan' menjadi lagu popular siulan anak muda pada ketika itu.


KUMPULAN WHEELS

Tiada maklumat yang diperolehi melalui kumpulan ini yang popular dengan lagu  ' Dalam Kenangan' dan 'Sekuntum Cinta' keluaran tahun 1985 dan dinyatakan pemain drumnya Syed Haron Syed Ahmad adalah pencipta lagu 'Warisan' nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad tahun 1985.



SWEET SEPTEMBER


Sweet September adalah sebuah kumpulan muzik berasal dari Pulau Pinang ditubuhkan pada 1974. Ahli kumpulan terdiri daripada Vokalis Antonio Vincent, gitarist Adrian James, basis Ronnie Ng, Dean Yusof drummer dan Ignatius James keyboard.
Mereka merakamkan album pada awal tahun 1980'an dan agu-lagu hits mereka termasuk 'Hatiku  kau Guris Luka', 'Gaji', 'Nak Kahwin Duit Tak ada'. Sweet Septembet telah menerbitkan sebanyak 4 album. Mereka juga pernah berduet dengan Sharifah Aini dalam lagu 'Dari jauh kau Datang'





KOPRATASA

Ditubuhkan pada tahun 1985 di Kuala Lumpur oleh tiga insan seni jalanan iaitu Sani, Sudin dan Usop.


Salah seorang pencipta kumpulan ini ialah Dinsman, seorang pencipta lagu. Mereka menghasilkan album sendiri dengan liriknya berasaskan puisi popular sasterawan Melayu seperti Usman Awang, A.Samad Said, J.M Aziz Latiff Mohidin dan ramai lagi.
Lagu pertama disumbangkan oleh M.Nasir yang membantu kumpulan ini menghasilkan album pertama pada tahun 1987. Kumpulan ini menyepi diri dari 1989-1996 namun kembali semula dan  menghasilkan 10 album semuanya sehingga 2016.
Antara lagu popular mereka ialah 'Masihkah Kau Ingat', "Permata Untuk Isteri'




CENDERAWASIH

Ditubuhkan pada awal 1980'an dengan dianggotai dua adik beradik dari kaum India, Irene dan Helen Savaree.  Mula merakam album pertama pada tahun 1984 dengan album bertajuk "Cenderawasih Sepanjang Perjalanan.  Cenderawasih sempat merakamkan dua album lagi sehingga 1986.




Antara lagu-lagu popular Kumpulan Cenderawasi ialah 'Bersama Di Hari Raya' 'Deritamu Deritaku' dan 'Sepanjang Perjalanan'



KUMPULAN PELANGI

Setelah keluar daripada Kumpulan Kembara, A.Ali menubuhkan kumpulan duet sekitar 1985 bersama pemuda Cina John Goh dan menamakan kumpulan tersebut Pelangi.


Lagu popular dari kumpulan ini ialah 'Biarku Menjadi Lilin' dan 'Lukisan Wajah Cinta'



THE BUBBLES
Ditubuhkan pada pertengahan 1983an, tiada info lengkap mengenai kumpulan yang berasal dari Pulau pinang ini. Penyanyi utama Mohd Izhar Md Noer yang kemudiannya menggangotai Kumpulan Steps (meninggal dunia 2004) menyumbang lagu hit kumpulan ini yang menjadi siulan ramai 'Impian Hampa'

                                                                       Impian Hampa

KUMPULAN FREEDOM 1987-1989
Freedom ialah sebuah kumpulan muzik yang aktif di Malaysia di pertengahan tahun 80'an. Antara ahli kumpulan ini ialah Shuib Saari (Ketua, vokal, drum), Seha (vokal), Abdul Ghani Karim (guitar), Mohd Nor Shariman (bass), Richard Gomis (Keyboard)
Selepas menyaksikan persembahan Freedom di sebuah hotel di Melaka, komposer muzik Fauzi Marzuki menawarkan mereka menjadi artis pring hitam.
Album sulung mereka 'Mulanya Di Sini' terbitan tahin 1987 berjaya mencipta nama kumpulan ini. lagu tersebut menjadi popular dengan sebutan korusnya 'sama-sama' seterusnya menjulang nama Seha.
Selepas beberapa lama bersama Freedom, Seha bergerak sendiri sebagai artis sola di samping menjadi pengacara di kaca tv
Al-Fatihah Norsehah Bt Abu Bakar (Seha) 1962-2006
Abdul Ghani Karim 1955-2016



KUMPULAN ILLUSI (1989-1990'an)

Kumpulan Illusi membuat album pertama berjudul Illusi Dianggotai oleh Ayai (vokal), Leman (gitar),  Yem (bass) dan Shah (keyboard).
Illusi menghasilkan sejumlah 4 album dan lagu-lagu hit mereka seperti  'Puisi Cinta' tahun 1989 dan 'Inang Bujang dan Dara'



Demikianlah beberapa kumpulan penyanyi yang telah memeriahkan industri muzik tanah air sekitar tahun 1980'an. Tidak banyak kumpulan ini yang bertahan lama kecuali Kumpulan Alleycats, namun beberapa kumpulan masih membuat persembahan reunion seperti Kumpulan Kembara, Kopratasa dan Al-Jawaher yang masih menerima undangan di majlis-majlis tertentu.



Coming soon on my list ......
10 Penyanyi  80'an Malaysia yang Paling Top

No comments: