Living In The Eighties

Assalamualaikum w.b.t,

This blog I made as a personal use to keep my memories back in the old good time especially in the 80's when I live in Ipoh. Friends, families and others who are interest and grown in the 80's are welcome to surf on in this site.

The era of the 80's was the most memorable moments of my life. There's happy and sad moment that I could'n forget. It's not because I'm not happy with my life currently. It's different cause that time when we are still kids, didn't have any heavy obligations, just plays, studies, getting fun and live with my loveble families. Besides, I still have my parents which I miss so much.

Here, most of the stories or article are around the 80's that I include a stories and history of that era along with the photo's or video clips. I also include several songs from the 60's and 70's with world wide history.There are also a photo's of my hometown, school's, places, family and friends that are related with me in the 80's.

Besides loving listening to music and watching films, I'm also an active sports person specially in football and badminton. I'm a biggest fan of old time articles or stories whether on event, persons, a legends or whatever related with history.

It's been since 1990 that I left Green Town, Ipoh and working in Kuala Lumpur. I can't imagine that i will live, stay and grown a family here in Kuala Lumpur, the biggest and a capital city in Malaysia. Still, the old fond memories of past days is still in my heart.
Hopefully it's will call our memories in the 80's which so wonderful and awesome.























Monday, December 2, 2019

10 Masjid Terbesar Di Malaysia

                                       

Sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia, kerajaan telah menyediakan banyak kemudahan untuk penganut agama Islam untuk mengerjakan ibadah harian.
Penganut Islam di malaysia berjumlah kira-kira 19 juta orang atau 61.3% daripada jumlah penduduk di negara ini
Semenjak merdeka dengan terbina Masjid Negara di Kuala Lumpur, telah banyak dibina masjid-masjid yang yang besar, indah dan cantik dengan kos jutaan ringgit untuk memudahkan penganut Islam mengerjakan ibadah harian  terutama untuk menampung jemaah ketika solat Jumaat.
Saya begitu teruja dan kagum dengan seni binaan masjid yang berskala besar di negara kita, dan tidak melepaskan peluang untuk menziarahi masjid-masjid yang besar ini untuk menikmati keindahan masjid tersebut.
Masjid yang tertera di bawah adalah masjid yang dibina selepas penubuhan Malaysia dan tidak termasuk banyak lagi masjid-masjid lama yang indah dan besar.

1.   MASJID SULTAN SALLEHUDDIN ABDUL AZIZ

                

Masjid ini terletak di Shah Alam, Selangor dan merupakan Masjid Negeri Selangor. Masjid ini merupakan masjid yang terbesar Di Malaysia. Nama masjid ini diberikan sempena Sultan yang memerintah Selangor dari tahun 1960-2001.Masjid ini mengambil masa selama 12 tahun untuk disiapkan yang pada awalnya dirancang atas titah DYMM Sultan Sallehuddin melalui JKR pada tahun 1975.
Rekabentuk masjid ini yang paling unik ialah kubah besarnya yang berwarna biru dan mempunyai 4 menara yang didirikan pada setiap penjuru masjid. Sultan Salahuddin telah menyumbang idea dan 4 lampu chandeliar yang bernilai lebih RM2 juta yang ditempatkan di pintu utama masuk masjid. Sultan juga menghadiahkan jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200,000n yang dibeli dari Hong Kong di samping menyumbang elaun baginda selama 4 tahun kepada pembinaan masjid.

Lokasi ; Shah Alam, Selangor
Tarikh Siap :  1998
Kapasiti Jemaah : 24,000
Kos Binaan : RM160 juta


2. MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN ( MASJID BESI                                           

Masjid ini dinamakan sempena nama DYMM Agong yang ke13 iaitu Tengku Mizan Zainal Abidin dan merupakan masjid yang kedua dibina di Putrajaya selepas Masjid Putra.  Terletak di Precint 3, berhadapan Mahkamah Kehakiman dengan keluasan dua kali ganda Masjid Putra yang terletak 2.2 km di utara.
Keistimewaan Masjid Besi antaranya tiada pemasangan kipas kekal atau penyaman udara di dalamnya. Sebaliknya menggunakan gas penyejuk ( gas district cooling GDS). Selain itu masjid ini turut menggunakan Seni Bina Jaringan yang diimport dari Jerman dan China yang turut digunakan di Stadium Barnebeu, Real Madrid. Ia juga menggunakan kaca hablur bagi menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh.

Lokasi : Putrajaya
Tarikh Siap :2010
kapasiti Jemaah : 20,000
Kos Binaan : RM200 juta


3.  MASJID WILAYAH


Masjid ini ialah masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ia dibina antara tahun 1997-2001. Terletak berdekatan Kompleks MATRADE dan Kompleks kerajaan Jalan Duta.
Masjid ini mempunyai seni bina Turki Uthmaniyah dan seni bina Melayu.  Masjid ini juga mempunyai seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki

Lokasi : Jalan Duta, Kuala Lumpur
Tarikh Siap  : 2001
Kapasiti Jemaah :  17,000
Kos binaan : RM255 juta


4.  MASJID PUTRA

                                                



Masjid Putra merupakan mercu tanda di Putrajaya. Mula dibina pada taahun 1997 dan terletak berdekatan dengan Bangunan Putra Perdana, iaitu pejabat Perdana Menteri dan tasik buatan manusia yang luas, Tasik Putrajaya.
Kubah berwarna pink dibina menggunakan granit rose tinted dan mengandungi tiga area utama iaitu dewan solat, ruang halaman,  kemudahan bilik pelbagai guna dan pejabat.

Lokasi : Putrajaya
Tarikh Siap :  1999
Kapasiti Jemaah  :  15,000
Kos binaan  :  RM250 juta


5.  MASJID NEGARA

                                               

Terletak di kawasan strategik Pusat Bandaraya bersebelahan KTM, Dayabumi, Bangunan Sultan Abdul Samad dan Lake Garden (Botanical Garden ).
Dibina pada tahun 1963 dan merupakan masjid paling moden di Asia Tenggara sebelum terbinanya Masjid Shah Alam. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup dan dan bumbung konkrit berbentuk bintang berbucu 18 seakan payung yang mengembang.

Lokasi : Jalan Kinabalu, Kuala Lumpur
Tarikh Siap : 1965
Kapasiti Jemaah : 15,000
Kos binaan : RM100 juta


6.  MASJID BANDARAYA KOTA KINABALU

                                            


Masjid ini ialah masjid utama kedua di Kota Kinabalu selepas Masjid Negeri. Ia terletak di persisiran pantai Likas. Masjid ini dibuka dengan rasminya dan dapat menampung 12,000 jemaah.
Hampir 70 peratus kawasan masjid di kelilingi air. Tapak asalnya ialah sebuah pantai dan pesisir air laut Kampung Likas.

Lokasi  :  Pantai Likas, Kota Kinabalu

Tarikh Siap :  2000
Kapasiti Jemaah : 12,000
Kos binaan :  RM34 juta
7.  MASJID RAJA HAJI FISABILILLAH

                                               
                                  

Masjid ini merupakan masjid utama di Cyberjaya dan juga dikenali sebagai Masjid Hijau ( Green Mosque ). Dinamakan sempena bekas Putera Mahkota Johor-Riau, Raja Haji Fisabilillah Ibni Daeng Chelak.
Merupakan masjid pertama di Malaysia dianugerahkan hadiah platinum kerana mengamalkan Index bangunan Hijau, penggunaan jimatan kuasa lampu LED, ruang udara yang asli dan bumbung bersolar panel.
Kemudahan termasuk elevators untuk kemudahan warga emas dan kurang upaya juga terdapat bangunan dan bilik untuk majlis perkahwinan, dan taman mini permainan untuk kanak-kanak.

Lokasi  :  Cyberjaya
Tarikh Siap  :  2012
Kapasiti Jemaah  : 7,000
Kos binaan  :  RM44.3 juta


8.  MASJID SRI SENDAYAN
                               
                                      


                                    


Masjid ini merupakan salah sebuah masjid yang tercantik di Malaysia. Dibina pada 2015 ia diwakafkan oleh tokoh perbankan terkemuka, Tan Sri Abdul Rashid bin Hussain.
Seni bina masjid ini bahannya kebanyakan ditempah khas termasuk ukiran kayu pada dinding di dewan solat, penggunaan bongkah jubin sebagai dinding berhampiran mimbar. Bahagian dalam kubah utama dihiasi dengan gabungan elemen dari Mesir, Turki, Dubai, Maghribi dan China.
Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan dua menara di bahagian hadapan masjid.

Lokasi  :  Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Tarikh Siap  :  2019
Kapasiti Jemaah :  5,000
Kos binaan :  RM100 juta


9. MASJID KRISTAL

                                          


                                    


Masjid Kristal terletak dalam kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu.
Ia dibina daripada kaca dan keluli, masjid pintar pertama di Malaysia. Dilengkapi dengan prasarana teknologi maklumat dan liputan Wi-fi yang membolehkan pengunjung menggunakan kemudahan akses internet bagi membaca Al-Quran elektronik

Lokasi  :  Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu
Tarikh Siap :  2008
Kapasiti Jemaah  :  700
Kos binaan :  RM300 juta

10  MASJID AS SYAKIRIN KLCC
     
                                 


Masjid As Syakirin juga dikenali sebagai Masjid KLCC kerana terletak bersebelahan dengan KLCC. Pada awalnya dibina untuk menampung keperluan jemaah yang bekerja di Menara Petronas. 
Pada 2009, masjid ini melalui pengubahsuaian untuk memperbesarkan masjid yang sebelum ini dapat menampung 6,000 jemaah kepada 12,000 jemaah.
Dianggap sebagai mutiara di dalam taman kerana lokasi strategik meghadap Taman KLCC

Lokasi :  KLCC Kuala Lumpur
Tarikh Siap  :  1998
Kapasiti Jemaah  :  12,000
Kos binaan  :  RM50 juta 

Artikel akan datang...
10 masjid tua yang indah di Malaysia

Kredit : Wikipedia
               Google image

                                  



No comments: